Wahh untung kucing ini diiktiraf sebagai kucing paling cantik!
Apa tidaknya, memiliki sepasang mata biru yang cantik dan berbulu putih bak salju menjadikan Coby kucing paling cantik.
Coby sebenarnya merupakan kucing baka British Shorthair. Bukan itu sahaja, kerana keunikannya, Coby berjaya mengumpul sejumlah 310,000 pengikut di laman sosial Instagram cobythecat sejak ditubuhkan oleh pemiliknya pada Ogos tahun lalu.
Sehingga kini tidak diketahui di mana Coby dan pemiliknya tinggal kerana tiada sebarang informasi dikongsikan oleh tuannya itu di laman sosial tersebut.
Hanya dengan menulis bio: “Saya suka tuna, berkongsi selimut dan bermain dengan patung itik di tab mandi”, menggambarkan personaliti si comel ini yang sangat cheeky dan manja.