Hanya untuk musim bunga ceri yang bakal menjelang, aplikasi hotel saat akhir, HotelQuickly kini mengembangkan destinasinya ke Jepun sebagai negara ke-16.
HotelQuickly mengumumkan kemasukannya ke dalam pasaran Jepun dengan mengambil alih aplikasi tempahan domestik Jepun, Tonight.
Eksekutif HotelQuickly berkata penambahan Jepun sekaligus membuka peluang perjalanan lebih spontan dan mudah untuk pengguna HotelQuikcly di rantau ini.
“Maklum balas pengguna mendorong HotelQuickly dalam membuat setiap keputusan malahan pengguna juga menyenaraikan Jepun sebagai salah satu daripada tiga negara teratas yang mereka untuk kunjungi tahun ini.
“Keperluan visa baru yang santai, serta penerbangan lebih murah antara Tokyo dan pasaran kami membuat perjalanan saat akhir ke Jepun lebih mudah dan menarik berbanding sebelum ini,” jelas Christian Mischler, Pengasas & Ketua Pegawai Operasi HotelQuickly.
Kini, HotelQuickly telah membuka tawaran di 400 buah hotel di Tokyo, Osaka dan Kyoto. Terdapat rancangan untuk menambah lebih daripada 25 destinasi dan 1000 hotel rakan kongsi di Jepun pada akhir tahun ini.
Sejak diasaskan pada Mac 2013, HotelQuickly telah berkembang pesat, mendapatkan kedudukannya di rantau ini melalui kerjasama dengan lebih daripada 12,000 hotel di 300 destinasi. Malahan, kadar harga bilik pada aplikasi ini adalah 30% lebih rendah secara purata daripada harga terbaik didapati dalam talian.
Untuk info lanjut, anda boleh semak laman web rasmi www.hotelquickly.com.