Apa yang anda berikan kepada haiwan peliharaan amat penting untuk memastikan kesihatan dirinya.
Tidak seperti manusia, kucing memerlukan diet tinggi-lemak, kaya-protein dengan beberapa nutrien yang mampu meningkatkan kesihatan dan tumbesarannya, memberikan anda seekor kucing yang gembira dan sihat.
Kucing secara semula jadinya adalah haiwan yang kompleks kerana ia memerlukan diet seimbang, berasaskan daging sama seperti saudaranya yang bertubuh besar, seperti singa dan harimau di hutan yang cergas dan sihat.
Menurut WHISKAS Malaysia, kira-kira 71% pemilik kucing di Malaysia memilih makanan kering sementara 28% sukakan makanan basah untuk kucing mereka. Walaupun ada yang yakin terhadap makanan basah dan yang lain lebih sukakan makanan kering, kajian daripada The Waltham Centre for Pet Nutrition mencadangkan yang kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Kajian menunjukkan yang memberi makanan basah dan kering kepada kucing anda membolehkan ia meraih manfaat daripada kedua-dua amalan. Cara ini dikenali sebagai pemakanan bercampur.
“Pemakanan bercampur digalakkan setiap hari untuk memastikan kucing anda meraih manfaat daripada kedua-dua makanan kering dan basah. Anda boleh memberikan kucing anda makanan basah sebanyak dua kali dan makanan kering sebagai hidangan ketiga setiap hari atau pilih untuk mencampurkannya dalam setiap hidangan. Makanan kering akan membantu membaiki kesihatan mulut manakala makanan basah akan memberikan kucing anda air yang diperlukan untuk memastikannya kekal terhidrat. Pemilik kucing boleh menarik nafas lega kerana haiwan peliharaan kesayangan mendapat nutrien dan air diperlukan menerusi pemakanan bercampur,” jelas Dr Susan Wan, Doktor Haiwan dan Ketua Pembangunan Pelanggan, Pakar Perdagangan untuk MARS Malaysia dan Singapura.
Diet yang ideal untuk kucing anda biasanya diet sihat dan seimbang yang memenuhi keperluan kucing anda. Pemakanan bercampur adalah penyelesaian yang terbaik jika anda mahu memberikan diet bernutrisi lengkap 100% buat kucing anda.
Bukan saja cara ini memberikan kepuasan kepada pemilik kerana mempunyai kucing yang sihat, tetapi kucing itu sendiri akan menyukai campuran makanan basah dan kering. Dengan itu, WHISKAS menawarkan pemilik kucing pelbagai jenis makanan kering dan basah untuk memastikan kucing mereka sihat dan gembira.
Untuk maklumat lanjut mengenai pemakanan bercampur, layari www.waltham.com.