Antara calon best dress untuk karpet merah Anugerah Akademi 2016 (Oscars 2016) adalah pelakon berkaliber Cate Blachett.
Cate Blachett tampil anggun dengan gaun floral ‘berbulu’ ketika kemunculannya di karpet merah Anugerah Akademi 2016 yang diadakan di Dolby Theatre, Hollywood.
Cate memakai gaun potongan duyung floral berona hijau lembut dari Armani Privé dengan detail batu kristal Swarovski dan bulu putih. Detail pada gaunnya cukup menarik dan menyerlahkan lagi penampilan Cate yang memilih solekan ringkas.
Bukan itu sahaja, lagi menarik pelakon berusia 46 tahun itu juga turut tersenarai antara calon pelakon wanita terbaik untuk lakonan mantapnya dalam Carol. Cate dicalonkan bersama Brie Larson, Jennifer Lawrence, Charlotte Rampling dan Saoirse Ronan.
Tonton Trailer Carol