Jenama penjagaan kulit mewah SK-II telah mengadakan forum #ChangeDestiny di Amerika Utara buat pertama kalinya yang telah dihoskan duta global Cate Blanchett dan dihadiri usahawan dan peneraju digital, Michelle Phan serta penyanyi dan penggubah lagu, Anggun.
Diinspirasikan oleh kisah jutaan pengguna SK-II yang telah berkongsi bagaimana jenama tersebut membolehkan kulit mereka untuk #ChangeDestiny, SK-II telah menjadi lebih daripada sekadar sebuah produk. Jenama tersebut komited untuk memperkasakan wanita agar mengawal masa depan mereka dan menggapai aspirasi melalui kempen #ChangeDestiny.
Turut berkongsi kisahnya untuk kempen ini, Cate telah berkongsi video #ChangeDestiny dan bercerita tentang detik-detik apabila melakukan perubahan telah membawa kepada saat yang paling penting dalam kehidupannya – secara peribadi mahupun profesional.
Komen Cate Blanchett: “Bekerjasama dengan SK-II adalah satu pengalaman yang menarik terutamanya kempen Change Destiny kerana saya berpeluang melihat saat perubahan dalam hidup saya sendiri. Ia telah memberi pendedahan kepada saya untuk mengenali kepentingan perubahan yang telah berlaku kepada diri yang akhirnya memberi pengalaman yang berharga. Saya menyedari bahawa apabila kita menghilangkan rasa takut untuk berubah, kehidupan kita menjadi semakin baik.”
Menyertai Cate pada acara SK-II #changedestiny untuk berkongsi pengalamannya ialah usahawan dan peneraju digital, Michelle Phan.
Komen Michelle comments, “Sejak awal lagi, saya sentiasa percaya bahawa saya yang mengawal masa depan saya meskipun melalui pelbagai cabaran; ia adalah sesuatu yang menjadi pendorong kepada saya. Saya mahu menggabungkan kesemua pengetahuan yang dimiliki untuk memperkasakan wanita generasi baru agar mereka mampu bebas mengimpikan dan merencanakan arah tujuan hidup mereka. Melihat perubahan positif yang berlaku serta impian direalisasikan adalah amat memuaskan.”
Penyanyi dan penggubah lagu antarabangsa serta pemenang Anugerah Muzik Dunia, Anggun turut berkongsi dengan peserta forum menerusi video #ChangeDestiny beliau.
Komen Anggun: “Semasa kecil di Indonesia, saya sangkakan kejayaan amat mudah untuk dikecapi. Saya angkuh untuk berfikiran bahawa saya sukar ditumpaskan. Namun pada masa yang sama saya tidak gembira meskipun mengecapi kejayaan. Pada usia 21, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan segala-galanya dan berpindah ke London. Ketika itulah saya merasai kegagalan buat pertama kalinya. Namun saya berjanji dengan diri sendiri untuk tidak pulang dengan tangan kosong. Saya sedar bahawa sekiranya anda melihat masalah daripada sudut pandang yang lain, anda akan mendapat penyelesaian yang berbeza.
Kempen #ChangeDestiny adalah hasil daripada kajian komprehensif terbaharu SK-II terhadap sains kulit, yang memberi bukti bahawa adalah tidak terlalu awal atau lewat untuk wanita mengawal masa depan mereka dan mendapatkan kulit yang cantik seperti yang selalu diingini.