Walaupun sudah melabuhkan tirainya tetapi kehangatan Oscars 2016 masih diperkatakan.
Tahniah buat Leonardo DiCaprio kerana akhirnya berjaya memenangi pelakon lelaki terbaik menerusi lakonan hebatnya dalam The Revenant.
Calon kegemaran Brie Larson yang cemerlang dalam filem Room berjaya mengatasi Jennifer Lawrence, Charlotte Rampling dan Saoirse Ronan untuk kategori pelakon wanita terbaik.
Menariknya, Oscars 2016 merupakan hari di mana setiap wanita berlumba-lumba memperagakan outfit terbaik daripada setiap label yang dipilihnya.
Nama-nama terpilih yang berjaya menjadi best dressed versi kami mungkin sudah tidak asing lagi. Mereka sering menduduki tempat teratas setiap kali muncul di karpet merah.
Kali ini, mari lihat siapa yang paling bersinar di karpet merah Oscars 2016.
Nota : Ini antara pilihan peribadi Wanista. Kalau anda pilihan lain, boleh komen di bawah. 🙂