Jenama sukan global PUMA sekali lagi membawa sesuatu pembaharuan ke dalam arena fesyen dengan memperkenalkan koleksi sepatu THE TRAINER dibawah label pimpinan Rihanna, FENTY. Ia menggabungkan rekaan sneakers inovatif menggunakan teknologi prestasi unggul sambil disisip dengan gaya “stylo”.
Ia mula dipersembahkan ketika pertunjukkan fesyen PUMA by Rihanna 12 Februari lalu, sepatu yang digelar THE TRAINER ini adalah berdasarkan rekaan kasut sukan biasa tetapi telah ditiup dengan nafas baharu, ditambah dengan sedikit elemen dan perincian futuristik mewah.
Selain lebih menonjol, THE TRAINER turut memancarkan perincian prestasinya yang lebih unggul kerana bahagian permukaan atas kasut dibina menggunakan material jenis Ariaprene yang mudah bernafas, ianya juga berfungsi menjadikan kaki lebih teguh dan kekal selesa berpanjangan.
THE TRAINER amat fleksibal, bahkan, ketebalan tapak pada bahagian tengah dan belakang tumit kaki akan menyokong penuh kedudukan kaki agar bisa mendorong ketangkasan serta pergerakkan yang penuh dinamik. Manakala getah pepejal dibahagian luarnya kelilingnya pula menjamin kestabilan badan anda.
Rihanna begitu mementingkan penggunaan meterial bertekstur yang unik, selari dengan cita rasa fesyennya yang sering kelihatan eksentrik dan istimewa. Untuk itu, Rihanna telah memilih warna berani seperti Hitam, Putih dan Merah bagi menyerlahkan koleksi kasut THE TRAINER ini.
Amat sesuai untuk digayakan tatkala bersiar-siar di keliling bandar mahupun untuk dibawa ke gim bagi melakukan rutin harian senaman anda, koleksi hebat ini telah mula membanjiri pasaran global pada 26th Februari 2016 yang lalu. Kunjungi gedung dan butik edaran PUMA berdekatan atau sila layari global.puma.com.my