Duta Global Jenama SK-II, Cate Blanchett yang mencuri tumpuan Oscars 2016 dengan dress potongan duyung hijau firus rekaan Armani Prive dengan perincian bulu dan kristal dilengkapi solekan lembut pastel untuk menonjolkan kulitnya yang cerah berseri kesan penggunaan SK-11 yang berpanjangan.
Agaknya berapa lama masa yang diambil wanita ini untuk bersiap? Jom ketahuinya!
Langkah pertama untuk mendapat kulit cerah berseri bagi Cate ialah produk SK-II yang tidak boleh ditinggalkannya, SK-II Facial Treatment Essence.
“Selama bertahun-tahun saya telah mengatakan tentang kesan hebat ‘air ajaib’ ini terhadap kulit saya. Setelah menggunakan SK-II Facial Treatment Essence selama 15 tahun saya mampu berkata bahawa ia telah mengubah keadaan kulit saya, namun juga mengubah masa depan kulit saya.”
Langkah berikutnya untuk memastikan kulit Cate berada pada tahap terbaik ialah SK-II Facial Treatment Oil baru yang menawarkan pelembapan segara dan intensif hasil daripada minyak semulajadi yang digabungkan dengan bahan unik SK-II, Pitera.
“Ia adalah satu daripada produk yang amat melembapkan yang pernah saya guna. Hanya beberapa titisan sudah mampu menjadikan kulit saya lembap dan seseorang boleh menyapu mekap ke atasnya dengan segera.”
“Saya cuba untuk duduk di bawah cahaya matahari semasa musim panas tetapi seseorang itu masih perlu mendapatkan vitamin D! Saya cuba menjadikan rejimen penjagaan kulit saya lebih ringan semasa musim panas dengan produk yang efektif, terutamanya SK-II GenOptics Aura Essence, yang menjadikan kulit saya lembap dan begitu cerah.”
Sejak dilancarkan pada 2015, artis solek Cate yang dipercayai, Jeanine Lobell, telah menggunakan pelembap SK-II R.N.A, rangkaian anti-penuaan SK-II yang paling revolusioner untuk kulit yang muda dan kenyal bagi memastikan kulit Cate sedia untuk mekap.
“Apabila tiba masanya untuk menyapu lapisan asas, saya campurkan beberapa tiitsan Facial Treatment Oil baru yang melembapkan kulit Cate serta-merta, menjadikan ia berseri,” kata Jeanine.
Memiliki asas yang baik untuk mekap adalah penting untuk mendapatkan hasil akhir yang baik. Sebelum Cate bergerak ke karpet merah, Jeanine memastikan mekap Cate kelihatan sedia dan memastikan ia lembap dengan SK-II Mid-Day Miracle Essence yang membolehkan anda mendapatkan Pitera di mana saja anda berada.
“Saya sapukan Mid-Day Miracle Essence di atas mekap untuk memastikan ia kelihatan berseri dan lambap. Ia adalah bahan yang penting bagi saya kerana ia menghalang mekap daripada mengeras. Ia sangat sesuai untuk peringkat akhir di atas karpet merah,” jelasnya.
Kempen #ChangeDestiny adalah hasil daripada kajian komprehensif terbaharu SK-II terhadap sains kulit, yang memberi bukti bahawa adalah tidak terlalu awal atau lewat untuk wanita mengawal masa depan mereka dan mendapatkan kulit yang cantik seperti yang selalu diingini.