Masih awal sebenarnya untuk membangkitkan perihal sambutan Hari Ibu. Tetapi, tidak salah jika kita membuat persiapan yang teratur sedari awal.
Seperti juga sambutan hari jadi, Hari Ibu disambut oleh seluruh masyarakat dunia sebagai simbolik menghargai pergorbanan seorang ibu. Nah, apa rancangan anda bersempena sambutan Hari Ibu 2016?
Di sini, Wanista nak beikan anda idea berkenaan hadiah yang paling bernas untuk diberikan kepada si ibu tercinta! Sudah selalu sangat anda berikanya bunga, jadi apa kata tahun ini anda berikannya bunga tetapi dapat bentuk cecair wangian? Hebatkan?
Penulis tahu, kebanyakkan perempuan sememangnya obses dengan bunga. Jadi, daripada anda laburkan duit untuk membeli bunga segar yang bakal layu beberapa hari selepas itu, lebih baik anda hadiahkan minyak wangi yang berasaskan nota bauan floral memukau! Sekurang-kurangnya, botol wangian itu boleh disimpan sebagai ingatan nanti walaupun wangian telah habis digunakan.
Terdapat 3 jenis wangian daripada jenama terkemuka berbeza yang mampu menambat hati ibu anda! Antaranya Dolce&Gabbana: Dolce, Gucci Bamboo dan ESCADA Joyful.
DOLCE&GABBANA: DOLCE
Feminin dan segar, Dolce menggabungkan nota bauan floral segar yang terdiri daripada daun Neroli dan bunga putih White Amaryllis iaitu sejenis bunga yang tumbuh di Afrika. Buat pertama kalinya, Dolce mencetuskan sensasi dengan menggunakan White Amaryllis sebagai sebahagian nota bauan wangian.
Sebaik sahaja semburan dilakukan, anda seolah berada dalam taman yang dipenuhi bunga eksotik! Campuran antara bau bunga betik dan daun Neroli serta merta memecahkan kesuraman isi hati anda. Manakala gabungan unik yang diperolehi dari White Water Lily dan White Daffodil pula dengan sempurnanya telah melengkapi bau White Amaryllis.
Kesemua bauan utama yang terdiri daripada pelbagai jenis bunga ini dineutralkan oleh nota bauan latar seperti Musky bersama Cashmeran, sedikit sebanyak telah menyalurkan semerbak bauan tanah yang elegen apabila dikahwinkan dengan bauan floral.
GUCCI BAMBOO
Gucci Bamboo menyerlahkan lagi sisi kewanitaan, keyakinan, kekuatan dalam diri seseorang.
Wangian ini bakal menjadi cerminan kepada diri si pemakai dan direka khas untuk menepati ciri dan sifat kewanitaan sempurna.
Bahan-bahan yang terkandung dalam wangian ternama untuk wanita oleh jenama berprestij Gucci ini adalah terdiri dari sumber semula jadi serta suci untuk mencipta satu bauan yang artistik.
Nota bauan kayuan dan lembut ini bisa memberi getaran kepada hati anda. Ia terdiri daripada kayu Cendana, Tahitian Vanilla dan Amber sebagai daya penarik kepada ketenangan bauan floral lain termasuklah Casablanca Lily, Orange Blossom dan Ylang Ylang.
ESCADA JOYFUL
Halus dan ringan, ditambah pula dengan bauan manis memukau, ESCADA Joyful adalah bauan floral yang mengasyikkan!
Minyak bunga Magnolia dan Pink Peony adalah bahan utama dalam wangian istimewa ini.
Pada awalnya, anda akan terhidu bauan buah-buahan seperti blackcurrent sorbet yang pastinya meninggalkan kesan sejuk ke atas kulit anda. Manakala nota bauan Mandarin dan Melon menyumbangkan sensasi kasual bersahaja.
Bau manis buah-buahan itu kemudian distabilkan oleh bauan daun Violet, sementara bunga Pink Peony menambah seleksi seksi ESCADA Joyful. Minyak Magnolia mencipta kesegaran hebat yang digandingkan bersama Cyclamen dan Pink Freesia.
Ketiga-tiga wangian ini mempunyai nota bauan floral yang unik dan tersendiri. Terpulanglah kepada anda untuk memilih satu daripada tiga wangian ini, yang manakah lebih dekat dengan hati ibu anda.
Dapatkan rangkaian wangian sensasi ini di semua kaunter dan pengedar wangian jenama Dolce&Gabbana, Gucci & Escada yang sah seluruh Malaysia. Selamat menyambut hari ibu pada 8 Mei 2016!