Aplikasi mudah alih 11street dipertingkatkan dengan tawaran mengejut apabila memperkenalkan ‘Hot Deals’, di mana menampilkan produk Top 100 Shocking Deals (Tawaran Mengejut) – produk yang paling banyak dicari disenaraikan bersama-sama bagi memudahkan pengguna untuk mencari produk jualan dan tawaran perkhidmatan terbaik.
“Kami juga telah mengkategorikan semua tawaran kepada 4 kumpulan utama iaitu Fesyen dan Kecantikan, Elektronik, Rumah dan Santai serta Perkhidmatan bagi pencarian produk dan pengalaman membeli-belah yang lebih mudah,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim.
Di samping itu, fungsi pengisihan atau ‘sorting’ memberi nilai tambahan pada aplikasi ini. Kini, pengguna boleh mengisihkan produk berdasarkan diskaun paling tinggi, produk paling popular mahupun untuk penghantaran percuma secara ekslusif.
Tanpa mengetepikan varian intuitif dan mesra pengguna, 11street juga memperkenalkan:-
i) Shocking 11, dimana semua barangan dijual pada harga RM11
ii) Shocking Hours, dimana produk yang hebat diberikan penanda atau diskaun setiap hari pada pukul 11.00 pagi dan 3.00 petang.
iii) Shocking Bid, dimana penawar harga paling rendah boleh membawa pulang item yang dibida.
Selain dari itu, aplikasi mudah alih dipertingkat bagi mengoptimumkan interface dan pengalaman pengguna (UI / UX) bagi pengalaman membeli belah yang lancar. Beberapa penambahbaikkan mengejutkan wajar untuk diperhatikan adalah:
- Hari Telefon Bimbit, dengan pemberian kupon besar-besaran pada 22 haribulan setiap bulan
- Aplikasi Tawaran Eksklusif, sudut khas di mana produk yang dijual pada harga yang tiada tandingan hanya dijual pada aplikasi mudah alih 11street ini
- Zon Happy, yang direka untuk navigasi mudah buat pengguna mengumpul semua promosi berterusan serta hadiah untuk kemudahan pengguna.
Apa lagi, membelilah dengan 11street!