Siapa peminat rancangan hiburan keluarga ‘Return of Superman’, cepat angkat tangan?
Ada satu lagi berita tak best, keluarga Choo akan meninggalkan Return of Superman. Ya, si keletah Choo Sarang akan meninggalkan Return of Superman selepas 3 tahun. Malah, menurut sumber, keluarga Choo telah menjalani penggambaraan terakhir pada 2 Mac 2016 lalu.
Untuk pengetahuan anda, Sarang merupakan ahli pertama sejak Return of Superman ditayangkan pada 2013. Keluarga Choo Sung Hoon yang tinggal di Jepun ini telah bersama dengan program selama 3 tahun ketika keluarga baru silih berganti selama ini.
Sejak di usia 2 tahun, Sarang berserta Choo Sung Hoon serta isteri Yano Shiho menunjukkan pelbagai ragam dan kerenah yang sungguh mencuit hati malah kini mempunyai peminat serata dunia.
Kini, Lee Hwi Jae dan anak kembarnya masih lagi bertahan sebagai ahli asal Return of Superman, ditambah dengan kehadiran keluarga baru pelakon Lee Bum Soo bersama anaknya Lee Do Eul and Lee Da Eul dan juga pasangan pelakon Ki Tae Young dan Eugene dengan anak perempuannya Rohee.
Baru sahaja si comel Triplets meninggalkan kita, ini Sarang pula. 🙁