Dari jari-jemari hinggalah kepada kekuatan genggaman tangan, anda sebenarnya bisa mengenal pasti penyakit yang mungkin sedang dihidapi tanpa sedar.
Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh para doktor dan pakar kesihatan, ini adalah antara jenis penyakit yang boleh dikesan melalui sifat tangan anda.
#1 Panjang Jari Mendedahkan: Risiko Arthritis (radang sendi)
Wanita yang memiliki jari manis lebih panjang daripada jari telunjuk, dan dalam masa yang sama bersifat kelelakian adalah lebih berisiko untuk menghidap osteoarthritis atau radang sendi di bahagian lutut.
Hal ini adalah merujuk kepada kajian yang dijalankan untuk kajian Arthritis & Rheumatism. Kekurangan kadar estrogen adalah faktor utamanya.
Begitu juga dengan lelaki. Secara saintifik, jika lelaki mempunyai jari manis yang lebih panjang daripada jari telunjuk, mereka dikatakan sangat berpotensi untuk menghasilkan anak yang ramai dan hebat ketika di ranjang. Tetapi malangnya, dalam kelebihan yang ada itu, mereka turut berisiko tinggi untuk menghidap kanser prostat. Jaga-jaga!
#2 Tangan Menggigil Mendedahkan: Sindrom Parkinson
Tangan yang menggeletar setiap masa mungkin berpunca dari pengambilan kafien yang lebih atau merupakan kesan sampingan ke atas pengambilan sebarang ubat-ubatan seperti penawar asma (lelah) dan ubat antikemurungan.
Tetapi jika ianya berterusan, ada baiknya jika anda berjumpa doktor untuk mengetahui masalah sebenar. Jika sebelah tangan anda sahaja yang menggeletar, itu adalah petanda munasabah kerana ianya mungkin simtom awal Parkinson.
Parkinson adalah masalah menggigil yang tidak boleh dikawal, terutamanya di bahagian tangan manusia. Namun, ia masih boleh disembuhkan dengan terapi dan rawatan intensif.
#3 Warna Kuku Mendedahkan: Masalah Buah Pinggang
Pengkaji di India melakukan kajian terhadap 100 orang pesakit buah pinggang kronik. Mereka kemudian mendapati 36 peratus pesakit memiliki kuku yang warnanya tidak normal (separuh bahagian bawah kuku berwarna putih dan separuh bahagian atas kuku berwarna gelap).
Kondisi kuku abnormal itu terjadi kerana tindak balas oleh hormon tertentu dan anemia (kurang sel darah merah) kronik. Kedua-dua tindak balas itu ada hubung kaitnya dengan masalah buah pinggang kronik.
Segera berjumpa doktor jika anda perasan yang warna kuku tidak sekata serta terdapat jalur menegak di atas tilam kuku*rujuk pada gambar hiasan. Warna kuku sebegitu juga mungkin merupakan gejala yang merujuk kepada melanoma (kanser kulit).
#4 Kekuatan Genggaman Mendedahkan: Kesihatan Jantung
Genggaman tangan yang lemah meramalkan bahawa anda berisiko tinggi untuk terkena serangan jantung atau strok. Lebih parah, peluang anda untuk terus hidup setelah terkena serangan jantung adalah tipis. Ini merujuk kepada kajian Lancet yang dilakukan terhadap lebih 140, 000 individu dewasa di hampir 17 buah negara seluruh dunia.
Genggaman tangan mampu menunjukkan ramalan kematian lebih tepat berbanding tekanan darah.
Para pengkaji berpendapat, kekuatan genggaman menggambarkan kekuatan serta kecergasan otot dan sendi dalam badan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko sakit jantung, mereka mencadangkan supaya anda kerap melakukan senaman bagi meningkatkan kekuatan otot dan sendi.
#5 Tapak Tangan Berpeluh Mendedahkan: Hyperhidrosis
Tangan yang sering berpeluh secara berlebihan mungkin merupakan gejala awal untuk menopause atau masalah kelenjar tiroid, begitu juga dengan hyperhidrosis sehingga anda perlu dibasahi peluh lebih daripada biasa.
Pesakit hyperhidrosis lazimnya hanya berpeluh antara satu ke dua bahagian badan sahaja. Sebagai contoh di tapak tangan, kaki atau bawah lengan *walaupun sebenarnya si pesakit berada dalam persekitaran yang berhawa dingin. Doktor akan memberikan anda ubat jenis antiperspirant yang mampu menggurangkan penghasilan peluh.
#6 Cap Jari Mendedahkan: Tekanan Darah Tinggi
Para pengkaji British berjaya mengkaji 139 cap jari. Hasilnya, mereka mendapati individu yang mempunyai bentuk pusaran membulat (whorl) pada satu atau lebih permukaan jari adalah lebih berpotensi untuk menghidap tekanan darah tinggi berbanding individu yang memiliki pusar jenis lengkung (arch) atau bergelung (loop).
Lebih banyak jari yang mempunyai pusar membulat, lebih tinggilah tekanan darah yang dimiliki individu tersebut.
Pusaran membulat pada jari juga menandakan bahawa kandungan (bayi) seseorang wanita yang mengandung mungkin akan menghadapi masalah di beberapa peringkat, sekaligus memberi impak kepada tekanan darah dalam badan si ibu.