Penantian anda berakhir kerana Quantico kini kembali mewarnai kaca televisyen bersama penceritaan misteri yang lebih menarik, akan mula ke udara malam ini.
Berakhir dengan banyak teka-teki yang masih belum dirungkai dengan pertanyaan seperti adakah Elias beraksi sendirian? Apa sebenarnya pembabitan Caleb? Mengapa Alex dianiaya? Apa sebenarnya yang terjadi antara Alex dan Liam pada malam sambutan tahun baru? Kaitan hubungan peribadi yang kompleks di dalam organisasi FBI inilah yang menjadikan drama bersiri ini mendapat kutipan jumlah penonton yang tinggi di AXN US, termasuk di Asia.
Drama bersiri provokarif ini mula dilancarkan pada September 2015 dengan menyaksikan pembabitan bintang Bollywood terkenal Proyanka Chopra buat pertama kalinya muncul di arena Hollywood sebagai ejen FBI yang jelita, Alex Parish. Tayangan perdana drama bersiri ini tempoh hari mendapat jumlah rating tertinggi untuk program tv di saluran English Pay TV dan merupakan drama bersiri paling banyak ditonton di saluran English GE sepanjang 12 bulan ia ditayangkan di Malaysia dan Singapura. Finale untuk pertengahan musim drama itu sebelum ini berakhir dengan aksi letupan bom arahan dari pusat FBI yang kemudiannya membunuh beberapa watak penting dalam cerita ini.
Bagaimanapun peminat Quantico terpaksa menunggu untuk mengenalpasti siapakah yang akan terselamat daripada letupan itu yang mana ia menjadi tanda tanya pada akhir pertengahan musim drama ini sebelum ini. Penceritaan drama bersiri ini turut merangkumi elemen ‘flashback’ ke masa lalu dan tayangan terbaru dibuat tiga bulan selepas paparan dua kejadian letupan yang berlaku di dalam siri ini sebelum ini.
Quantico musim pertama akan muncul di kaca tv di saluran AXN (Astro Ch701) dan AXN HD (Astro B.yond Ch721) pada 7 Mac 2016 bermula pada pukul 10:00 malam, 12 jam daripada tayangan perdananya di US khusus di AXN.