Sebagai satu penghormatan kepada semua Mavericks di luar sana, Carrera melancarkan Koleksi The Maverick.
Sempena sambutan ulang tahun ke-60, Carrera telah memilih pelakon hebat Jared Leto untuk mewakili koleksi baharu ‘Maverick’.
Terkenal dengan gaya lakonan yang cemerlang dan berani, malah penampilan penuh berkeyakinan, pengambilan Leto dianggap satu pilihan ideal untuk kempen 2016 ini.
Untuk bahagian pertama kempen baru-baru ini telah menjalani pengambaraan di sekitar East LA untuk pemotretan gaya jalanan Jared Leto yang diketahui oleh jurugambar terkenal dunia, Alasdair McLellan.
Jared Leto memakai kaca mata Carrera “Impel” (113/S) untuk matahari and “Beam” (CA 6660) untuk optik.
“Impel” menampilkan reka bentuk ala juruterbang, diperbuat daripada keluli tahan karat, dilengkapi dengan kemasan matte, mengekalkan warisan jenama Carrera tetapi menwujudkan sifat kontemporari.
“Beam” adalah satu rekaan yang baru – tepi bingkai optik diperbuat daripada keluli tahan karat, yang sangat nipis dan ringan.
Untuk koleksi Maverick, Carrera mendedahkan bentuk rekaan kini lebih berani, unik dan ringan. Bingkai kedua-dua optik ternyata nipis, perlindungan matahari yang memberikan pengalaman keselesaan sepanjang hari dan kelihatan kontemporari.