Hai si kaki sneakers! Ada berita baik untuk anda semua!
Jenama keluaran barangan sukan terkemuka antarabangsa, Adidas baru-baru ini tampil memperkenalkan koleksi sepatu terbaharunya untuk lelaki dan juga wanita.
Koleksi megah yang versatile ini digelar Tubular Packs khas untuk musim Bunga/Panas 2016!
Untuk memberi lebih keterujaan kepada anda, terdapat 4 jenis rekaan khas yang ditampilkan dalam koleksi Tubular ini. Kesemuanya mempunyai nilai yang tersendiri serta bisa berfungsi untuk melengkapi gaya anak muda yang pastinya menggemarkan sesuatu yang berciri eksentrik serta ranggi.
Tubular Doom Primeknit Reflections: RM699 (Lelaki)
Tubular Doom menterjemahkan rekaan yang serba-serbi menarik dan moden. Reka bentuknya turut dilengkapi dengan sarung akki sedia ada yang mampu memberi cengkaman selesa kepada pergelangan kaki. Ia dicipta menggunakan teknologi kelahiran Adidas sendiri serta diperkukuh dengan tali kasut tiga jalur neoprena serta sistem tumit bersangkar. Tapak bahagian luar yang agresif pula secara tidak langsung menggambarkan reka bentuk dinamik.
Kasut yang diperbuat daripada material jenis kait Primeknit Reflections ini akan hadir dalam dua warna sensasi termasuk kelabu dan kuning air.
Tubular Radial Marle: RM450 (Lelaki)
Adidas terus-menerus meningkatkan prestasi rekaan kasutnya dan kini merangkumkan kehadiran sepatu baru yang lebih berdefinisi untuk koleksi kahs Tubular musim Bunga/Panas 2016 dengan Tubular Radical Marle Pack. Rekaan istimewa ini memanfaatkan alas tapak kaki Tubular yang baharu, menggunakan material premium dan bertekstur sehingga membentuk satu rekaan kasut yang minimalis, namun masih lagi kelihatan agresif diinspirasi rekaan sneakers ala tahun 90an.
Untuk musim ini, ia menampilkan rekaan yang diliputi dwi tona yang terdiri daripada rona biru laut serta kelabu tanah liat. Ia kemudian turut diberi kontrast melalui penggunaan tapak bahagian luar kasut yang berwarna putuh kanvas yang bingkas menonjolkan lagi bahagian utama permukaan Tubular Radical Marle Pack.
Tubular Viral Geometric: RM340 (Wanita)
Bertepatan dengan tujuan Adidas iaitu bagi mengetengahkan gaya tanpa batasan sambil disempurnakan fungsi kepelbagaian, Tubular Viral diperkenalkan khas buat wanita yang licik. Model depatu ini mempunyai potongan rendah, rekaan yang stabil, halus, bahkan memiliki bentuk yang bersahaja.
Tubular Viral diperbuat menggunakan gabungan material fabrikasi sintetik dan semula jadi untuk mempermudahkan proses penyarungan kaki ke dalam kasut agar ianya dapat menyokong kedudukan kaki yang selesa dan pada masa yang sama tetap kelihatan bergaya.
Amat sesuai untuk saiz kaki wanita yang agak kecil berbanding rangka kaki lelaki, ia ditawarkan dalam pilihan warna putih kapur dan hitam gelap. Tambahan, tali kasut elastik pula menyerikan bahagian atas kasut serta dihiasi tumit yang mempunyai garisan timbul bagi menonjolkan sifat kewanitaan.
Tubular Defiant Color Contrast: RM440 (Wanita)
Terdapat dalam tiga pilihan warna contrast yang elegan termasuk Putih Susu, Hijau Buah Zaitun dan Hitam. Tubular Defiant diperbuat menggunakan kanvas jenis heavyweight 22oz menjadikan ianya lebih mewah, kemas dan kasual.
Setiap satu daripadanya juga dicelup dengan warna kontrast untuk membangkitkan suatu kelaianan pada tumit kasut Tubulur Defiant sekaligus menampakkan gaya fesyen kasut yang estetik.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.adidas.com/tubular