Selalu petang hari, buat kuih-muih seperti karipap, lepat pisang, goreng kentang, kali ini nak ubah selera pula cuba sesuatu yang lain. Wanista ingin kongsikan resepi Chicken Cheezy Balls yang diambil dari Facebook Resepi Orang Kampung.
Bahan-bahan:
- 500g Ayam/Daging Kisar
- 200g Cheese (Mozzarella, Cheddar, Parmesan)
- 300g Breadscrumb (Serbuk Roti)
- 400g Tepung Ubi
- 3 Biji Kentang
- 1 Biji Telur (Putih Sahaja)
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk lada hitam
Cara membuat:
- Kupas kentang dan rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga empuk. Toskan dan lenyek sehingga hancur.
- Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama ayam/daging kisar.
- Campurkan tepung ubi secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan tepung sikit-sikit sehinggalah adunan boleh dibentuk.
- Bentukkan adunan tadi menjadi bebola doh sebesar bola ping pong.
- Leperkan bebola untuk disumbatkan cheese (Lagi banyak cheese lagi sedap). Tutup dan bentukkan kembali kepada bulat.
- Pecahkan telur (Putih Sahaja) dan pukul sehingga kembang.
- Sediakan sepinggan breadscrumb (Serbuk Roti)
- Celup bebola tadi di dalam telur.
- Golek-golekkan bebola atas breadscrumb pula. Golek sehingga serbuk roti kena pada semua tempat.
- Goreng Chicken Cheezy Balls anda dengan suhu api dapur yang sederhana untuk mengelakkan hangus.