Anda dah bosan asyik goreng nugget dan buat roti bakar sebagai hidangan wajib untuk sarapan pagi?
Khas buat kaum ibu dan si isteri yang hendak tambat hati suami tu, anda bolehlah praktikkan resepi hidangan pancake berperisa yang Wanista nak kongsikan ni!
Tak susah pun sebenarnya untuk buat pancake sendiri. Campuran adunan pancake segera yang anda beli di pasaraya tu memanglah sedap dan memudahkan, tetapi, sekali sekala anda cuba membuat sendiri campuran adunan pancake ini apa salahnya, berperisa pula tu! Yang kenyang dan gembira itu nanti adalah suami dan anak-anak anda juga, betul tak?
#1 Pancake Gandum Hitam Bersama Pisang
Bahan-Bahan:
- 1/4 cawan Tepung Gandum Hitam
- 1/4 cawan Tepung Oat (Anda boleh kisar emping oat untuk jadikannya serbuk)
- 1/2 sudu makan serbuk penaik
- 1/2 sudu makan soda bikarbonat
- 1/8 camca teh garam
- 3 sudu makan yogurt kosong
- 5 sudu makan susu almond (Boleh juga guna susu perisa lain)
- 1/2 sudu makan sirap maple
- 1/2 camca teh ekstrak vanila
- 1/2 camca teh serbuk kayu manis
- 1 biji pisang serdehana besar, dihiris
- 1/2 sudu makan minyak, jika mahu
Arahan:
- Panaskan kuali leper anda pada suhu serdehana selama 3-5 minit sementara anda membuat adunan.
- Campurkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam bersama. Tambahkan yogurt, susu, sirap maple, ekstrak vanila dan minyak. Gaulkan.
- Gaul adunan rata sehingga pekat. Jika anda mahu pancake yang sedikit leper, tambah satu atau dua sudu makan susu. Masukkan hirisan pisang ke dalam adunan.
- Titiskan minyak di atas kuali leper yang telah dipanaskan. Biarkan minyak panas seketika.
- Curahkan aduanan pancake perlahan-lahan menggunakan senduk. Curah mengikut kebesaran pancake yang anda mahu.
- Masak selama dua minit untuk setiap bahagian.
- Makan ketika pancake masih hangat. Sebagai penambah rasa, anda boleh nikmati pancake bersama sirap maple, butiran coklat cip, kekacang dan hirisan pisang.
#2 Pancake Oreo Berinti
Bahan-Bahan:
- 1 1/4 cawan tepung serbaguna
- 1/3 cawan serbuk koko
- 1/3 cawan gula putih
- 1/3 cawan gula perang
- 1/2 cawan oreo hancur
- 1 camca teh serbuk penaik
- 1/2 camca soda bikarbonat
- 1/4 camca teh garam
- 1/2 cawan susu whole milk
- 1/2 cawan susu mentega (buttermilk)
- 2 biji telur besar, dipukul
- 3 1/2 sudu makan minyak sayur
- 1 camca teh ekstrak vanila
Krim Oreo:
- 1 1/2 cawan krim berat, disejukkan
- 3 sudu makan gula aising
- 1/2 sudu makan ekstrak vanila
- 1 cawan oreo hancur
Arahan:
- Dalam mangkuk yang besar, campurkan tepung, serbuk koko, kedua-dua jenis gula, oreo hancur, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Gaul sebati.
- Dalam mangkuk serdehana besar lain, campurkan susu, buttermilk, telur, minyak sayur dan ekstrak vanila. Gaul sebati.
- Tuangkan adunan basah ke dalam adunan kering tepung. Campur keduanya.
- Panaskan kuali leper yang tidak melekat. Oleskan butter atau titiskan sedikit minyak di atas kuali.
- Tuangkan campuran dengan berhati-hati. Terbalikkan agar ia masak dengan rapi. Sila perlahankan sedikit api jika pancake anda kelihatan perang dan sedikit hangus.
- Untuk membuat krim oreo, masukkan krim berat di dalam mangkuk dan sejukkan ia di dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Selepas itu, keluarkannya semula. Dengan menggunakan pemukul elektrik, pukul krim bersama dengan gula aising. Tambahkan sedikit ekstrak vanilla. Setelah krim menjadi pekat, campurkan bersama oreo hancur.
- Cadangan hidangan, lapiskan krim oreo di antara pancake berkenaan.
#3 Pancake Mint Bersama Cip Coklat
Bahan-Bahan:
- 1 1/3 cawan tepung serbaguna
- 1 sudu makan gula halus
- 1 camca teh serbuk penaik
- 1/2 camca teh soda bikarbonat
- 1/2 camca teh garam
- 1 cawan buttermilk
- 1 biji telur besar
- 2 sudu makan butter, dicairkan
- 1/2 camca teh ekstrak vanila asli
- 1/2 camca teh ektrak pudina (mint) asli
- 3 hingga 4 titis pewarna makanan hijau
- 3/4 cawan coklat cip mini separa manis
- Krim putar untuk hiasan
- Ais krim vanila
Arahan:
- Gabungkan tepung, gula, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam.
- Gaulkan pula buttermilk, telur, butter, estrak mint dan pewarna makanan (jika anda menggunakannya) dalam mangkuk kecil. Tambahkan kesemua campuran ini di dlaam campuran kering tepung. Gaulkan sekali bersama cip coklat pilihan anda.
- Panaskan kulai leper tidak melekat di atas api pada suhu serdehana. Tambahkan sedikit butter ke dalam kuali, panaskan.
- Perlahan-lahan tuangkan adunan campuran di atas kuali menggunakan senduk. Hati-hati agar setiap satu pancake di dalam kuali tidak melekat sesama sendiri.
- Masak 1 hingga ke 2 minit pada setiap bahagian.
- Hidangkan hangat dan nikmati bersamaa krim putar, ais krim vanila dan coklat cip.
#4 Pancake Red Velvet Bersama Sirap Kelapa dan Beri Biru
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung serbaguna
- 3 cawan susu buttermilk
- 2 biji telur
- 1/2 camca teh garam
- 1 camca teh soda bikarbonat
- 2 camca teh serbuk penaik
- 2 sudu makan serbuk koko
- 2 sudu makan gula aising
- pewarna makanan merah
Sirap Kelapa:
- 1 cawan gula aising
- 1 sudu makan krim kelapa
- 2-3 sudu makan santan atau susu biasa
- 2 cawan beri biru sebagai hiasan
Arahan:
- Campurkan tepung, susu, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan telur. Tambah serbuk koko dan gula aising. Gaulkan.
- Campurkan kesemua bahan untuk adunan sirap bersama dan gaulkan sehingga sebati. Pastikan adunan sirap kelapa tidak berketul.
- Hidangkan pancake yang dicurah dengan kuah sirap kelapa bersama butiran buah beri biru segar.
#5 Pancake Coklat Putih & Kacang Macadamia
Bahan-Bahan:
- 1 cawan tepung
- 1 sudu makan gula
- 1 sudu makan serbuk penaik
- secubit garam
- 1 cawan susu soya vanila
- 1/5 sudu makan minyak canola
- 1 camca teh ekstrak vanila
- 4 sudu makan coklat cip putih
- 3 sudu makan kacang macadamia, cincang kasar
Arahan:
- Panaskan kuali leper di atas api serdehana.
- Campurkan semua bahan adunan basah dalam mangkuk besar, selepas itu tambahkan pula campuran bahan kering. Gaul sebati. (Tidak termasuk coklat putih dan kacang macadamia)
- Kacau adunan sehingga tiada sebarang gumpalan udara. Setelah itu, boleh mula campurkan kacang macadamia dan coklat putih ke dalam campuran adunan. Rehatkan ia selama 5 minit.
- Masukkan adunan sedikit demi sedikit (lebih kurang 1/4 cawan) ke atas kuali leper yang telah siap digris. Terbalikkan setelah gelembung hangat pada pancake mula muncul.
- Masak selama 1 hingga ke 2 minit untuk setiap bahagian.
- Hidang hangat bersama butter dan sirap maple. Taburkan sedikit coklat cip putih sebagai hiasan atau penambah perisa.
Orang dulu-dulu selalu kata, “Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati!”
Selamat mencuba!