Saluran Asian Food Channel (AFC) dengan bangganya mengumumkan tayangan perdana racangan baharu yang pasti menarik buat tontonan anda seisi keluarga, Papa’s Kitchen!
Ia adalah sebuah rancangan memasak, menampilkan para selebriti handalan Jepun yang telah bergelar seorang bapa. Racangan ini khas diterbitkan oleh sebuah syarikat produksi di Jepun iaitu Fuji Television Network serta Fuji Creative Corporation (Fuji TV).
Papa’s Kitchen bukanlah sekadar rancangan memasak biasa malah, seperti cara hidup orang Jepun, mereka gemar melakukan siri realiti telivisyen yang berkonsepkan permainan. Oleh itu, Papa’s Kitchen bakal buat anda tak kering gusi tatkala menonton gelagat si kaum bapa memasak sambil bermain!
Antara selebriti Jepun yang terlibat adalah termasuk Makkun (pelawak), Notchi (pelawak), Masaru Hanada (bekas ahli gusti sumo) serta Hiroshi Teguramori (bekas pemain bola sepak). Mereka bertanding sesama sendiri dalam menjalani beberapa siri cabaran memasak.
Dalam pusingan pertama, cabaran untuk meniru hidangan yang pernah dimasak oleh isteri mereka telah diberikan. Adakah selama ini mereka benar-benar memerhatikan langkah dan memahami cara isteri mereka memasak? Jika tidak, maka gagalah mereka!
Pusingan kedua pula akan menguji kebolehan si bapa mendengar arahan di mana isteri mereka akan memberi tunjuk ajar melalui alat bantuan mendengar headphone serta bagi melihat kemampuan mereka bekerja di bawah tekanan dalam menyediakan sajian klasik Jepun selama 30 minit. Dalam pusingan akhir, mereka yang ingin mara perlu menyediakan satu hidangan menarik kalah-mati bagi mengambil hati para pengadil.
Pautan Video: Tonton Sedutan Papa’s Kitchen
https://www.youtube.com/watch?v=3-sjUiAXgq4
Anda nak tahu siapakah yang menjuarai Papa’s Kitchen? Kenalah tonton siri yang menghiburkan ini! Ditayangkan secara eksklusif pada 17 Mac 2016, jam 10pm, hanya di Astro saluran 703 -Asian Food Channel.