Bila anda mempunyai kelapangan dan bajet yang lebih, bila-bila masa sahaja anda boleh pergi melancong.
Perjalanan menjadi lebih baik adalah apabila pelbagai tawaran hebat dibawakan kepada anda oleh Cathay Pacific Airways!
Sempena MATTA Fair, Cathay Pacific akan menawarkan nilai terbaik untuk mereka yang merancang untuk bercuti tahun ini. Tawaran pelancongan terbesar boleh dibeli dari sekarang sehingga 21 Mac 2016 dengan harga serendah bermula dari RM788!
Menariknya lagi, Cathay Pacific menawarkan penumpang banyak pilihan ke destinasi sempurna. Bagi pencinta makanan, anda boleh mendapatkan penerbangan ke Taiwan. Mereka yang mencari percutian penuh pengembaraan, perjalanan penuh keseronokan ke Tembok Besar di Beijing, China, sudah tentu akan membawa kembali kenangan indah serta pengalaman yang sungguh bermakna. Keluarga yang melancong dengan anak-anak, perjalanan ke Hong Kong Disneyland adalah satu kemestian! Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ingin menghabiskan percutian yang lebih panjang di destinasi lebih jauh, satu lawatan santai ke Universal Studios di tengah-tengah Los Angeles atau makan angin di sepanjang laluan batu (Cobblestones) di Itali sangat disyorkan.
Untuk menempah tiket penerbangan anda, hanya pergi ke www.cathaypacific.com.my dari sekarang sehingga 21 Mac 2016 untuk menikmati penjimatan hebat dalam penerbangan.
Jom pergi bercuti!