Tiada kasih yang setanding dengan kasih ibu kepada anaknya. Baru-baru ini, jenama terkemuka lampin pakai buang Drypers menyambung matlamatnya dalam menyerlahkan pertalian istimewa si ibu agar mereka sentiasa menghargai detik-detik manis menjadi seorang ibu dengan penganjuran kempen Moms of Malaysia (MOM).
Tidak ketinggalan, Drypers turut memanggil seluruh kaum ibu sekitar Malaysia untuk turut serta dalam acara CSR Share A Little Comfort sebagai salah satu inisiatif yang bertujuan untuk memajukan 4 buah rumah kebajikan anak yatim sebagai pusat perlindungan untuk kanak-kanak yang tidak bernasib baik itu.
Drypers percaya, setiap saat yang dikongsi oleh ibu bersama anaknya adalah sesuatu yang amat berharga walaupun si ibu sebenarnya sibuk saban hari menguruskan hal dan perkara rutin yang lebih mustahak. Begitu indahnya nilai interaksi yang dilahirkan oleh seorang wanita yang bernama ibu.
Kempen Drypers Moms of Malaysia berfungsi untuk menyampaikan makluman berguna kepada para ibu di Malaysia. Sesiapa sahaja yang bergelar seorang ibu digalakkan untuk berkongsi gambar momen terbahagia mereka bersama anak kesayangan dan kemudian memuat naik gambar pilihan tersebut di laman Facebook mahupun akaun Instagram dengan hashtag #momsofmalaysia sebelum membuat pautan tag kepada akaun Drypers Malaysia.
Jelas Evelyn Chan, Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd, “Hubungan ibu dan anak merupakan pertalian unik yang seharusnya dihargai. Alam keibuan adalah tanggungjawab yang tidak berpengakhiran -terutama sekali apabila menjaga anak yang sedang membesar, interaksi peribadi si anak bersama ibu adalah sangat penting demi memberi kesan positif terhadap tumbesaran, emosi dan mental si anak”.
Dalam masa yang sama, program CSR Share A Little Comfort mengalukan ahli Drypers Baby Club supaya menderma sebahagian mata ganjaran untuk program CSR ini. Mata ganjaran (yang dikumpul menerusi pembelian produk Drypers) boleh didermakan dalam amaun 100, 300 atau 500 menerusi akaun keahlian online dan Drypers akan memadankan jumlah mata ganjaran itu dengan setiap sumbangan. Matlamat utama ialah mencapai mata ganjaran keseluruhan sebanyak 1 juta yang menyamai nilai RM100,000, di mana sejumlah besar akan disalurkan kepada program pengubahsuaian menjadikan sebuah kediaman yang lebih selesa.
Sebagai permulaan, Drypers akan melakukan renovasi dan meningkatkan keselesaan untuk rumah pertama, iaitu Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat di Banting yang beroperasi sepenuhnya daripada dana penyumbang-penyumbang berhati mulia. Dana akan digunakan untuk melakukan pelbagai pembaikan ke atas ruang kediaman yang menempatkan 120 anak-anak yatim berusia 2 hingga 18 tahun. Renovasi melibatkan kerja baik pulih, mengecat dan menambah perpustakaan. Akemi dan Favorita ialah rakan kongsi Drypers dalam inisiatif CSR kali ini.
Untuk keterangan lanjut, sila lawati www.facebook.com/DrypersMY