Setelah Shah Rukh Khan memuat naik trailer rasmi filem baharunya, Fan, seorang peminat yang dikenali sebagai Shivam Jemini memuat naik trailer filem itu dengan suntingan versinya.
Filem Fan mengisahkan tentang seorang lelaki yang taksub dengan seorang bintang yang mirip dengannya.
Trailer yang disunting semula oleh Shivam menampilkan diri beliau sendiri di dalamnya.
Ternyata, trailer berkenaan mendapat maklum balas positif daripada orang ramai termasuk Shah Rukh Khan yang terus memberikan Shivam pekerjaan di syarikat produksi beliau.
‘Mari bekerja di studio kesan visual (VFX) kami. Bagus’ – kongsi Shah Rukh Khan di Twitter.
Shivan membalas tweet bintang Bollywood it dan berkata ia merupakan hadiah hari jadi yang paling istimewa.
@iamsrk Best Birthday gift ever! 😍 Thank you so much Sir! #MadeMyDay I would love to work under you! 💗💗
@SRK_Arab_Fans @SRKFC1 @drshahrukh— Shivam Jemini (@ShivamJemini) March 7, 2016