Ibu adalah anugerah yang tidak ternilai. Ikatan kasih antara ibu dan anak ditakrifkan sebagai kasih sayang tanpa sebarang syarat. Hargailah ibu anda dan kasih sayang tidak berpenghujung yang mengikat anda berdua.
Endless Jewelry, jenama barang kemas dari Denmark yang penuh bergaya dan berwarna-warni, telah memperkenalkan satu siri charm yang indah untuk membolehkan anda mencipta rekaan tersendiri sebagai hadiah khas buat ibu tersayang.
Ibu, Aku Sayang Padamu – Siri charm yang menarik ini mampu menyerlahkan gaya si pemakai dan pasti dihargainya.
Hanya Sebagai Peringatan Bahawa “Aku Sayang Padamu” – Tunjukkan rasa kasih anda pada ibu dengan charm yang memaparkan ikon hati dalam pelbagai bentuk dan citarasa.
Butik Endless Jewelry terletak di paras LG, Sunway Pyramid dan Tangs, 1 Utama.