Antara selebriti Malaysia yang mempunyai pengikut paling ramai di platform media sosial Instagram, Nora Danish terkenal dengan air wajahnya yang lembut dan manis. Tidak dinafikan, hampir setiap hari Nora tidak melepaskan peluang untuk memuat naik foto selfie dirinya walau di mana sahaja dia berada.
Lantaran hobinya itu, OPPO menyunting selebriti yang memiliki wajah mirip salah seorang ahli siri variasi Running Man -Song Ji Hyo untuk tampil menjadi duta dan muka kempen bagi keluaran telefon pintar baharunya yang dilengkapi perisian serta teknologi yang amat bertepatan dengan aktiviti selfie iaitu siri telefon pintar pakar selfie OPPO F1.
Kini Nora sendiri ingin mencabar anda terutamanya para obsesi selfie di luar sana untuk turut serta dalam peraduan selfie anjuran OPPO! Anda yang berminat boleh mula meniru aksi dan gaya Nora Danish berselfie sekaligus berpeluang untuk memenangi telefon pintar yang dilengkapi teknologi pakar selfie OPPO F1 jika anda adalah peserta yang paling kreatif dan berjaya meniru aksi serta gaya selfie Nora dengan sempurna!
CARA PENYERTAAN UNTUK MINGGU INI: 8 – 15 MAC 2016
- Tiru pose Nora Danish seperti dalam foto di atas.
- Rakam selfie paling kreatif anda dan muat naik ke laman sosial.
- Kongsi foto selfie anda itu di Facebook.
- Jangan lupa untuk menggunakan hashtag #OPPOF1 #Selfident #OPPOxNora
- Tag kepada @malaysiaoppo serta 2 orang lagi kawan anda!
- Sekarang, anda layak untuk menjadi pemenang yang bakal membawa pulang hadiah utama mingguan berbentuk telefon pintar OPPO F1 kegilaan ramai!
Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Mac 2016 hingga 15 Mac 2016. Foto selfie yang mempunyai paling banyak like dan juga kreatif akan dipilih sebagai pemenang! Ada 5 sahaja hari lagi untuk anda mencuba nasib sebelum peraduan berakhir!
Kesemua pemenang akan dipilih oleh Nora Danish disamping gambar pemenang juga berpeluang untuk dimuat naik ke akaun Instagram peribadi Nora sendiri!
Bukan itu sahaja, 2 unit powerbank Olike 13,000mAh serta 5 unit OPPO Selfie Stick akan diberikan kepada pemenang kedua dan ketiga yang terpilih. Sebagai hadiah saguhati, 15 pasang tiket menonton wayang turut akan diberikan.
Pauntan Video Tutorial Selfie Oleh Nora Danish
https://www.youtube.com/watch?v=68wysjrGDU8&feature=youtu.be
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.oppomalaysia.com.my/selfident. OPPO F1, Pakar Selfie Anda!