Masak dan membungkus makanan dari rumah adalah perkara yang paling munasabah untuk dilakukan ketika anda sedang berada dalam tempoh diet. Ini kerana, kebersihan makanan yang anda sediakan itu lebih terjamin dan yang paling penting, anda tahu berapa banyak sukatan garam, gula, bahan perasa yang perlu anda campurkan dalam makanan diet anda itu.
Seperti biasa, Wanista baik hati ingin berkongsi bersama dengan anda variasi resepi salad yang menarik untuk bantu anda mengurangkan berat badan dan dalam masa yang sama, masih lagi sihat dan mempunyai rasa yang sedap!
#1 Brokoli Bersama Udang Goreng
Setiap kali anda teringin untuk menikmati makanan cina, anda tidak perlulah pergi ke restoran cina. Resepi makanan sihat ala masakan cina ini hanya memerlukan 8 jenis bahan sahaja dalam masa penyediaan selama 20 minit.
Bahan-Bahan:
- 1 paun kacang hijau
- 1 biji brokoli (ambil bunganya sahaja)
- 2 sudu makan pes miso yang bebas gluten
- 3 inci halia (dikupas dan dicincang halus)
- 1/4 cawan cuka
- 1 jambang daun kucai halus (chives) (dicincang)
- Minyak bijan untuk menggoreng
- 1 1/2 paun udang segar yang dikopek kulit dan dibuang urat hitamnya.
Arahan:
- Isi air dalam periuk setinggi separuh ukuran periuk dan renehkannya. Masukkan kacang hijau dan brokoli bersama. Reneh selama 5 minit. Alihkan dari periuk dan masukkannya dalam air sejuk untuk memberhentikan proses memasak brokoli dan udang tersebut.
- Dalam kuali yang besar, goreng miso, halia, cuka dan daun kucai halus jenis chives bersama. Dalam masa yang sama, titiskan sedikit minyak bijan di atas api yang serdehana panas selama 10 minit.
- Masukkan udang dan gaul selama 10 minit lagi sehingga ia nampak garing dan warnanya bertukar kepada warna jingga terang.
- Sekarang, masukkan kacang hijau dan brokoli yang telah siap direnehkan tadi bersama bahan gorengan. Hidangkan.
#2 Fettuccine Lobak Merah Dengan Cendawan & Cili Merah
Bahan-Bahan:
- 1 1/2 sudu makan minyak zaitun
- 1 biji bawang putih (dicincang)
- 1/2 cawan cendawan butang (dihiris)
- 1/2 cawan cili benggala merah yang siap didadu
- 2 sudu makan daun basil segar, (dicincang kasar)
- 1/2 cawan tomato ceri yang dibelah dua
- 3/4 cawan sos marinara
- 3 biji lobak merah besar yang dikupas kulit (dihiris halus panjang-panjang menggunakan alat pemarut)
- Garam dan serbuk lada hitam sebagai perasa
- 1/2 sudu makan daun basil segar, dicincang kasar (hiasan).
Arahan:
- Tuangkan minyak dalam kuali besar, panaskan dengan api serdehana perlahan.
- Masukkan bawang putih, cendawan, cili beggalam merah dan 2 sudu makan daun basil segar. Tumis selama 5 minit.
- Tambhakan pula tomato ceri, dan masak selama 8 minit lagi.
- Sementara tunggu bahan tumisan masak, guna pemarut atau pengupas lobak merah untuk menjadikannya dalam bentuk helaian riben yang menyerupai pasta fettucine.
- Masukkan marinara dan lobak merah ke dalam kuali. Masak lagi selama 8 hingga 10 minit -pastikan tektur lobak sedikit lembut.
- Masukkan semuanya di dalam mangkuk, taburkan sedikit daun basil segar yang dicincang kasar sebagai hiasan. Siap!
#3 Kerak Pizza Berinti Keledek
Bahan-Bahan:
- 2-3 biji keledek yang serdehana besar (cukup sekadar boleh dijadikan keledek lenyek yang muat dalam satu cawan)
- 1 cawan tepung almond
- 1 camca teh serbuk penaik
- 1 sudu makan serbuk perasa Itali
- 1 camca teh garam
- 1/2 cawan sos pizza
- 1/2 cawan keju mozzarella
- Inti atas pizza mengikut citarasa. (tomato ceri dan basil seperti dalam gambar pun boleh)
Arahan:
- Panaskan ketuhar 400ºF darjah dan sediakan satu periuk untuk merenehkan air.
- Kupas dan potong ubi keledek kepada beberapa suku. Masukkannya ke dalam air rebusan. Rebus selama 20 minit sehingga lembut. (Boleh cuba cucuk dengan garfu atau pisau untuk pastikan ubi telah benar-benar lembut)
- Keringkan ubi dan lenyek sehingga sebati dalam mangkuk yang besar.
- Tambah 1 cawan ubi keledek lenyek, tepung almond, serbuk penaik, perasa Italian dan garam bersama. Uli bersama kesemua bahan itu menggunakan tangan bersih sehingga ia menyerupai bola adunan pizza yang berwarna oren.
- Alaskan kertas minyak diatas kuali pizza, letakkan doh pizza keledek di atas kuali berkenaan -tekan ia sehingga menjadi kerak pizza yang bulat dan tidak terlalu tebal setinggi 1/2 inci.
- Bakar di dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit atau sehingga warna penghujung doh telah menajdi keperang-perangan.
- Alihkan pizza anda dari ketuhar, tambahkan sos, keju dan toppings pilihan anda dan masukkannya kembali ke dalam ketuhar panas supaya keju tersebut air meleleh.
- Potong pizza dan nikmatinya!
#4 Salad Sayuran Mentah
Bahan-Bahan:
- 1 biji kubis ungu kecil, diparut
- 1 biji salad (roman lettuce) kecil, diparut
- 2 biji lobak merah serdehana besar, dihiris
- 1/2 cawan kuah salad tahini
Resepi ringkas kuah salad Tahini:
- 1/2 cawan tahini mentah (sos atau pes yang dibuat dari biji bijan)
- 1/2 cawan jus lemon segar yang diperah
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 1 camca teh garam laut
Arahan:
- Dalam mesin pengisar, campurkan semua bahan yang merangkumi tahini, jus lemon, minyak zaitun dan garam laut sehingga sebati. Asingkan kuah salad ini. Ia boleh disimpan di dalam bekas dan tahan jika disimpan dalam peti ais selama 3 hari.
- Campurkan kubis, daun salad roman, lobak merah ke dalam mangkuk besar dan gaul bersama kuah salad yang dibuat mula-mula tadi. Makan dengan segera.
#5 Daging Rendah Kalori Bersama Stew Sayuran
Bahan-Bahan:
- 2 camca teh minyak zaitun
- 1 biji bawang besar, didadu
- 2 batang daun bawang besar, dihiris tebal
- 2 biji lobak merah , didadu
- 2 keping batang saderi, didadu
- 3 ulas bawang putih, dicincang halus
- 1 sudu makan herba terragon, dicincang halus
- 1 sudu makan daun rosemary segar, dicincang halus
- 1 paun daging batang pinag, dipotong kiub 1 inci
- 1 1/2 cawan air
- 1 biji sayur adas, didadu
- 1 sudu makan daun pasli, dicincang halus
Arahan:
- Panaskan minyak dalam kuali mengoreng besar di atas api serdehana tinggi. Tumiskan bawang, batang daun bawang besar, lobak merah, saleri, bawang putih, herba terragon, rosemary dan daging untuk 5 hingga 10 minit.
- Tapiskan lemak yang terkumpul di permukaan stew. Masak sehingga kesemua bahan lembut.
- Alihkan pula kesemua campuran itu ke dalam slow cooker. Masukkan air dan kacau. Masak selama 8 hingga 9 jam.
- Tambahkan adas. Tutup kembali periuk slow cooker anda dan biarkan ia masak dengan sempurna untuk masa tambahan selama setengah jam lagi. Hias stew dengan taburan daun pasli yang siap dicincang sebelum menghidang.
#6 Salad Detox Epal Dan Kubis
- 1/2 biji kubis jenis Savoy (berdaun kerinting)
- 1/2 biji kubis ungu
- 1 biji epal fuji
- 1/4 bawang merah
- 1/2 cawan kacang walnut, dicincang kasar
- 1/2 cawan kismis kuning
Kuah Salad:
- 2 sudu makan cuka epal
- 1/8 camca teh lada merah (cayyene pepper)
- 1/3 cawan greek yogurt tanpa lemak
- 2 camca teh madu asli
- 1 sudu biji adas
- 1/2 camca teh garam laut
Arahan:
- Dengan menggunakan pisau tajam, hiris senipisnya kubis, epal and bawang merah. Masukkan dalam mangkuk besar.
- Tambahkan kacang walnut dan kismis. Gaul berlahan untuk campurkannya.
- Dalam mangkuk kecil lain, kacau kesmeua bahan untuk kuah salad tadi.
- Curahkan kuah di atas salad. Dengan menggunakan penyepit, gaul sebati sayuran bersaam kuah salad berkenaan sehingga sebati.
#7 Salad Ayam Thai Bersitrus
Bahan-Bahan:
- 1 bahagian dada ayam, potong dadu
- 1 ulas bawang putih, cicang halus
- 1 1/2 kubis, diparut
- 1 cawan kubis ungu, diparut
- 1 cawan betik, dipotong panjang seperti mancis
- 1 cawan lobak merah, diparut
- 1/2 cawan lobak putih, diparut
- 1/4 cawan daun bawang, dicincang
- 1/4 cawan daun ketumbar, dicincang kasar
- 1 sudu makan minyak zaitun
- Garam dan serbuk lada hitam
- 1/2 biji limau nipis yang dipotong bentuk wedges
Kuah Salad:
- 1 sudu makan jus limau nipis segar
- 1 sudu makan kicap
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 camca teh cuka beras
- 1 camca teh gula
- 1/2 camca teh minyak zaiton
- 2 ulas bawang putih, dicincang halus
- 1/2 hingga 1 cili jalapeno untuk sedikit rasa pedas jika anda mahu.
Arahan:
- Taburkan dada ayam yang telah didau dengan garam dan serbuk lada hitam bersaam bawang putih yang siap dicincang halus. Biarkan ia perap sebentar di tepi.
- Menggunakan api serdehana panas, panaskan kuali atau pan yang dituangkan dengan minyak zaiton.
- Apabila minyak panas, masukkan ayam dan goreng. Goreng sehingga perang dan garing pada kedua-dua belah bahagian. Asingkan.
- Selepas 7 minit disejukkan, perah jus limau nipis keatas ayam tersebut dan biarkan ia sejuk.
- Dalam mangkuk besar, campurkan kesemua bahan salad tadi termasuk kubis biasa, kubis ungu, lobak merah, betik, lobak putih, daun bawang dan ketumbar.
- Dalam mangkuk kecil lain, campurkan kesemua bahan kuah salad tadi bersama.
- Tuang kuah salad di dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.
- Campurkan ayam di dalam salad sayur tadi bersama kuahnya sekali. Hidangkan bersama potongan buah limau nipis untuk lebih rasa masam.
Selamat mencuba resepi sihat ini!