Tahukah anda buah delima merupakan antara makanan kegemaran Rasulullah SAW dan anda patut mula mengamalkannya. Malah, kebaikan buah delima ini juga terlalu banyak untuk kesihatan dan kecantikan.
Buah delima berasal dari Asia Barat Daya dan biasanya mula berbuah pada September hingga Februari. Saiz buah delima yang mata adalah sekitar tujuh hingga 12 sentimeter diameter. Sebiji buah delima terdapat sekitar 700 hingga 800 benih padat yang dipanggil arils berwarna merah.
Untuk pengetahuan anda, buah delima yang diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti fosforus, riboflavin dan lain-lain membantu dalam menghasilkan kulit yang cantik. Ekstrak delima membekalkan nutrisi kepada sel-sel fibrocast dan ini merembeskan lagi elastin, kolagen dan lain-lain membantu rembesan dalam mencantikkan kulit.
Sumber asid folat dan antioksidan dapat merangsang, membuang toksik dan meningkatkan kecantikan kulit secara semula jadi. Kandungan gula dalam buah delima mampu bertindak sebagai skrub untuk menyingkirkan sel kulit mati.
Buah delima kaya dengan antioksidan tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah, beri biru, kranberi, dan oren. Antioksidan berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam tubuh.
Bagaimana nak pilih buah delima?
Ketika memilih buah delima, pastikan memilih buah yang berat dan berkulit bersih. Jangan pilih jika kulit buah delima sudah merekah. Buah delima tahan sehingga enam bulan jika disimpan di dalam peti sejuk.
Contoh hidangan smoothie
Kalau anda tidak punya masa untuk menyediakan sarapan, smoothie adalah pilihan terbaik boleh anda lakukan, hanya sediakan beberapa bahan seperti buahan, sayuran, bijirin dan kisar kesemuanya.
Wanista pasti semua orang sukakan smoothie, selain penuh khasiat smoothie juga sangat mengenyangkan.
Bahan-bahan
- Daun bayam organik
- Jus/air kelapa
- epal hijau
- buah delima
- buah naga
- serbuk oat
Tambahkan buah kurma atau madu asli jika anda mahu jus anda sedikit manis.