Apabila berkata tentang penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia, Kanser adalah jawapannya. Kanser menduduki tangga teratas, digelar sebagai penyakit kritikal di Malaysia. Sekurang-kurangnya, 1 daripada 4 orang rakyat Malaysia yang berisiko untuk menghidap pelbagai jenis kanser.
Seperti pepatah orang melayu, kita seharusnya “menyediakan payung sebelum hujan”. Oleh itu, untuk memperkasa keyakinan rakyat Malaysia melawan penyakit berbahaya ini, AXA AFFIN Life Insurance Berhad baru sahaja melancarkan satu pelan insuran perlindungan khas buat mereka yang mahu berjaga-jaga. Untuk pengetahuan anda lagi, pelan perlindungan insurans kanser ini merangkumi perlindungan kewangan -termasuklah bantuan sokongan emosi serta mental di peringkat pencegahan, semasa rawatan dan pemulihan.
Umumnya, tiada sesiapa pun mahu dan tiada sesiapa pun jangka yang diri mereka berkemungkinan menghidap kanser. Kadang kala, dalam proses rawatan sekalipun, seseorang pesakit harus bertarung dengan gangguan mental, berasa gelisah dan risau memikirkan duit simpanan mereka yang bakal habis untuk menanggung kos rawatan yang menjangkau puluhan ribu ringgit.
AXA Cancer Care menawarkan servis bantuan kewangan bermula dari peringkat diagnosis hinggalah ke peringkat rawatan serta pemulihan. Jika anda melanggan pelan perlindungan ini, antara manfaat yang anda bakal perolehi juga adalah termasuk bantuan kewangan komprehensif dalam bentuk Therapy Care Benefit bagi bayaran pemulihan kanser, Get Well Benefit bagi dana tambahan untuk proses pemulihan, Living Income Benefit untuk pembayaran perbelanjaan harian serta Alternative Treatment Benefit untuk pilihan rawatan alternatif serta Second Medical Opinion sebaik sahaja anda dikesan menghidap kanser.
Bukan itu sahaja, pemegang polisi layak mengakses perkhidmatan concierge pada bila-bila mas. Akses sokongan dan bantuan yang terdiri daripada perundingan psikologi, khidmata nasihat pakar pemakanan, perkhidmatan penjagaan rambut serta rambut palsu, servis pengangkutan dan banyak lagi. Semua keperluan dan kelengkapan pesakit akan ditanggung beres oleh AXA Care Benefit.
Bagi AXA Cancer Care pula, ia menawarkan dua pelan perlindungan insurans kanser eksklusif merangkumi AXA 200 Cancer Care yang boleh dibeli secara atas talian manakala AXA 360 Cancer Care boleh didapati menerusi agensi pengedaran. Ianya sangat penting untuk seseorang memilki pelan insurans kanser yang kukuh. Menurut sumber sebuah kajian yang dilakukan, hampir 50 peratus pesakit kanser akan kehabisan wang setahun selepas didiagnosis. Malahan, lebih parah jika pesakit adalah merupakan penyedia nafkah tunggal kepada keluarga, semuanya bakal musnah dan kebajikan keluarga turut terjejas.
AXA AFFIN telah mejalankan kerjasama rumpun sejak tahun 2013 bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Ini menunjukkan bahawa mereka begitu komited untuk menyediakan bantuan yang terbaik kepada pesakit kanser yang memerlukan.
Sebagai informasi tambahan kepada pemahaman rakyat perihal penyakit kanser, anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut serta tip-tip bermanfaat daripada doktor dan para pengamal perubatan yang pengalaman mengenai kanser melalui portal atas talian di learnmyprotection.com. Sebagai inisiatif tambahan, AXA Cancer Care juga menawarkan gajet digital bagi menggalakkan pemengang polisi untuk menyemak tahap kesihatan mereka. Tidak ketinggalan, memandangkan AXA AFFIN turut bekerjasama dengan Beacin Hospital Malaysia, baucer percuma untuk pemeriksaan kesihatan turut akan diberikan sebagai sebahagian usaha pencegahan.
Untuk keterangan lanjut, sila layari 110cancercare.com.