11street (www.11street.my) dan Duta Jenama mereka merangkap bintang handalan Korea, Lee Min Ho akan menganjurkan kempen memungut derma secara atas talian untuk meningkatkan dana bagi Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan (SCAS&FT), dengan harapan untuk membeli peralatan-peralatan fisioterapi baru untuk kanak-kanak spastik palsi serebrum.
Palsi serebrum merupakan penyakit perkembangan neuro seumur hidup dan sebahagian besar kanak-kanak dengan penyakit ini akan mengalami ketidakupayaan fizikal dan mental. Di peringkat global, kira-kira 17 juta orang mempunyai palsi serebrum dan kos penjagaan dianggarkan menelan sebanyak RM4.47billion setahun. SCAS&FT ialah pusat spastik bebas yang terbesar di Malaysia, dan telah menjadi satu hubungan penting untuk membawa harapan kepada kanak-kanak spastik.
Jualan Kilat Pakaian Lee Min Ho hanya di 11street
Bagi memacu kempen amal Jualan Kilat Pakaian Lee Min Ho, pelbagai pakaian yang pernah dimiliki oleh Lee Min Ho akan dijual secara eksklusif di 11street, dengan pakaian berharga di bawah RM170. Semua hasil daripada jualan amal seluar, baju dan lebih banyak pakaian Lee Min Ho akan disalurkan kepada persatuan berkenaan dan ianya digunakan untuk membeli peralatan fisioterapi baru seperti kerusi roda dan bingkai dinding. Jualan kilat akan bermula 14 Mac 2016 ini dan berakhir pada 31 Mac 2016. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman web LMH Flash Sale.
Sebagaimana 11street menekankan terhadap kepentingan pembelian pelanggan dan satu pengalaman membeli-belah yang lebih baik, mereka juga akan memberikan perkhidmatan menjahit profesional percuma daripada Kinslager Boutique & Tailoring yang terkemuka, untuk pakaian yang dibeli daripada Jualan Kilat Pakaian Lee Min Ho, bernilai sehingga RM50.