Baru-baru ini, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK), peneraju global syarikat penjagaan kesihatan yang berasaskan sains telah melancarkan Kempen Horlicks NutriQuest dan mengumumkan aplikasi permainan mudah alih terbaru ke seluruh negara dalam satu majlis pelancaran interaktif.
Horlicks memanfaatkan platform yang menarik bagi memenuhi permintaan kanak-kanak yang dahagakan pengembaraan mencabar bagi memburu dan mengalahkan Dr. Greedy yang jahat bersama wira-wira NutriQuest di pelbagai dunia. Saintis jahat, Dr. Greedy telah merampas dan sekaligus mengambil alih Kilang Horlicks kerana dia tidak mahu kanak-kanak mendapat manfaat daripada khasiat Horlicks.
Dalam usaha menyelamatkan dunia dan Kilang Horlicks, kanak-kanak dijemput untuk menyertai pengembaraan maya bersama empat wira yang tinggi, kuat dan pintar; Damien yang peramah, Omair yang bijak, Akin yang lincah dan Ida yang pintar, bagi mengalahkan Dr. Greedy. Dalam permainan yang mempunyai pelbagai peringkat cabaran ini, kanak-kanak akan memulakan pengembaraan mereka di Bandar, diikuti di Hutan dan mereka akan maju ke dunia terakhir – iaitu di Kilang di mana kanak-kanak akhirnya akan bersemuka untuk mengalahkan Dr. Greedy.
Kempen ini menggunakan pendekatan yang unik bagi menarik minat kanak-kanak di semua peringkat umur dan menyediakan platfom untuk kanak-kanak belajar mengenai nutrisi dengan cara yang baru. Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia, Stacy Wallace berbesar hati dengan maklum balas positif yang diterima terhadap kempen Horlicks NutriQuest yang dilancarkan ini.
Bukan sekadar di dalam aplikasi permainan mudah alih, dunia permainan itu juga akan dihidupkan menerusi pameran Horlicks NutriQuest di seluruh negara. Kanak-kanak serta ibu-bapa dijemput untuk turut serta dalam permainan mencabar yang disediakan di gerai-gerai pameran yang menampilkan pelbagai aktiviti interaktif seperti: gerai ‘tinggi’ yang menggalakkan kanak-kanak membesar dengan melompat tinggi bagi menangkap bintang Horlicks; gerai ‘kuat’ dimana kanak-kanak perlu berdepan dengan patung belon Dr. Greedy; dan kiosk ‘pintar’ yang menguji ketepatan kanak-kanak dengan menembak Dr. Greedy dan metaloidnya.
Pengguna juga boleh mengumpul NutriCoins dengan setiap pembelian pek Horlicks sepanjang kempen berlangsung. Setiap NutriCoins dapat membantu kanak-kanak membuka cabaran baru dalam Dunia Dimensi Ke-4. NutriCoins juga boleh digunakan bagi mengumpul hadiah eksklusif Horlicks NutriQuest seperti rantai kunci, topi NutriQuest dan jam NutriQuest melalui penebusan atas talian di https://www.horlicks.com.my/nutriquest/prizes.html.
Untuk maklumat lanjut mengenai Horlicks Malaysia, sila layari https://www.horlicks.com.my.