Dek kerana populariti siri drama Korea terbaru, lakonan Song Jong-Ki, Song Hye-Kyo dan Jin Goo di KBS2 -Descendents Of The Sun di China baru-baru ini telah mendapat teguran negatif daripada kerajaannya.
Sabtu lalu, Kementerian Keselamatan Awam China mengeluarkan satu amaran berhubung tontonan siri drama Descendents Of The Sun melalui laman rasmi Weibo.
“Drama berkenaan telah mula ditayangkan di seluruh negara Korea dan China. Boleh dikatakan, ramai yang mula jatuh hati dengan lagu dendangan penyanyi lelaki yang menjadi runut bunyi drama tersebut merangkumi bait lirik “it said, warning that”.
“Oleh kerana itu juga, perlakuan menonton drama Korea boleh menjadi sesuatu yang amat berbahaya jika ada di antara individu yang terpengaruh, sekaligus bisa memacu mereka untuk terjebak dengan permasalahan undang-undang.”
Descendants Of The Sun adalah sebuah siri drama televisyen terbitan KBS2 yang terdiri daripada 16 episod yang berlatarkan operasi ketenteraan di sebuah daerah kawasan. Sesungguhnya, drama ini telah berjaya mendapat sekurang-kurangnya 440 juta tontonan di platform video atas talian terkemuka China, iQiyi.
Bukan itu sahaja, jumlah tontonan itu sebenarnya telah melebihi drama tayangan SBS pada tahun 2014 iaitu siri drama “My Love From The Star”, lapor sebuah akhbar Taiwan China Times kelmarin.
Dalam pada itu, Weibo yang tidak ketinggalan untuk menayangkan amaran terhadap impak negatif daripada menonton drama Korea, pihak kementerian turut memberi beberapa contoh masuk akal seperti adanya pasangan yang bercerai kerana terlalu taksub menonton drama Korea, manakala ada pula lelaki yang sanggup menjalani pembedahan plastik demi mengambil hati isteri, yang sebenarnya telah banyak dipengaruhi oleh watak lelaki yang berlakon dalam sesebuah drama Korea.
Tonton Trailer Siri Drama Korea KBS World: Descendents Of The Sun
https://www.youtube.com/watch?v=N09SIU1SUJI
Descendents Of The Sun, mula ditayangkan secara serentak di Korea dan China, di mana iQiyi telah membeli hak untuk menayangkannya secara atas talian kepada penduduk tempatan di sana.
Siri drama televisyen tersebut juga mencapai populariti rating di Korea dengan mencatatkan 14.4% jumlah penonton pada tayangan episod pertamanya pada 24 Februari lepas dan serta-merta mendapat perhatian umum ketika tayangan episod keenamnya pada 10 Mac lalu dengan catatan 28.5% jumlah penonton menurut kajian AGB Neilson.
Descendents Of The Sun juga sedang ligat mengumpul penonton tegar drama Korea di Malaysia, betul ke? Ia ditayangkan di Astro KBS World saluran 391 dan KBS World HD saluran 392, setiap hari Rabu, jam 8.55pm.