Sebelum ini, pemerintah Britain yang digeruni, Ratu Elizabeth II terlepas menghadiri gereja untuk sambutan Krismas minggu lalu. Terkini, beliau sekali lagi gagal menghadiri upacara di gereja bersempena sambutan Tahun Baru selepas dikhabarkan tidak berapa sihat.
Ini adalah kali pertama Ratu Elizabeth tidak menghadiri upacara di gereja untuk Krismas sepanjang umurnya sejak 1988.
Baginda dan suaminya Putera Philip dilaporkan gering sebelum bercuti sempena Krismas pada 21 Jun lalu dan terpaksa membatalkan perjalanan kereta api ke estet mereka di Sandringham dekat Norfolk.
Pasangan diraja itu diterbangkan ke sana dengan helikopter pada hari berikutnya. Walaupun Philip, 95, menghadiri majlis itu selepas pulih sepenuhnya, pihak istana Buckingham berkata Elizabeth beransur pulih.
Anggota keluarga diraja lain, termasuk Puteri Anne dan Putera Edward, menemani ayahanda mereka ke upacara itu.