Bermula pada 1 Januari, semua majikan di Perancis diperintahkan memberi jaminan tidak menganggu pekerja mereka selepas waktu pejabat. Ini sebagai usaha negara itu menangani masalah terikat dengan tugas selepas masa bekerja.
Sumber dari BBC berkata, syarikat yang mempunyai pekerja lebig dari 50 orang tidak boleh mengganggu pekerja walaupun hanya dengan panggilan telefon atau email selepas waktu pejabat atau waktu cuti.
Mula diperkenalkan pada Mei lalu, dakwaan beberapa pihak iaitu pekerja diwajibkan untuk menjawab e-mel syarikat diluar waktu pejabat namun para pekerja mendakwa mereka tidak dibayar dengan sewajarnya untuk kerja lebih masa yang menyebabkan tekanan, kepenatan, masalah tidur dan masalah hubungan di luar pejabat.
Undang-undang tersebut juga merupakan satu-satunya undang-undang baharu yang mendapat sambutan hangat tanpa protes ketika mula diperkenalkan.
Beberapa syarikat besar seperti Volkswagen dan Daimler dari Jerman dan syarikat kuasa nuklear terkenal, Areva serta syarikat insurans Axa di Perancis sudahpun mengambil langkah membataskan panggilan telefon atau pesanan ringkas selepas waktu kerja bagi mengelakkan kelesuan pekerja mereka.