Mungkin ada di antara kita yang tidak perasan dengan keistimewaan yang dimiliki oleh aktor kacak Bollywood yang seorang ini.
Hrithik Roshan baru-baru ini menjadi muka hadapan majalah Vogue India untuk edisi ulang tahun ke-10 majalah popular itu.
Tetapi, apa yang menarik lebih perhatian selain tubuhnya yang sasa serta jelingan matanya yang seksi adalah kewujudan jari keenam bersebelahan ibu jari tangan sebelah kanannya.
Ia dapat dilihat dengan jelas dan netizen mula mempamerkan pelbagai reaksi menerusi foto yang mendapat lebih 42.9 ribu likes itu, dimuat naik oleh Instagram Intant Bollywood di mana jari istimewa Hrithik dapat dilihat jelas.
Orang ramai mungkin tidak perasan akan kewujudan jari tersebut selama ini. Tidak kurang, ramai dalam kalangan netizen meninggalkan komen menyangka foto itu adalah hasil suntingan Photoshop kerana berasa sangsi meskipun sebenarnya kewujudan jari itu adalah benar.