Bayangkan anda tinggal dalam rumah yang dibina di kawasan hutan. Alangkah segarnya udara yang dihirup berserta aroma tanaman herba menghijau yang merembeskan bau-bauan nyata seterusnya menerbitkan aura ketenangan di dalam jiwa si pencinta alam.
Jenama organik yang berasaskan herba segar dari Australia, Aesop baru sahaja menlancarkan skrub badan keduanya iaitu Redemption Body Scrub yang mengandungi partikel halus batu apung (pumice) serta tangkai Buluh yang bantu menghilangkan kekotoran, sel kulit mati serta daki dari permukaan kulit tubuh secara lembut.
Hasilnya, kulit menjadi lebih halus dan licin disertai bekalan kelembapan dari skrub yang pastinya tidak menipiskan kulit seperti skrub biasa jenama lain.
Antara ramuan ajaib yang terkandung dalam Aesop Redemption Body Scrub adalah minyak pati pokok cemara dan pokok pain jarum, daun sage serta cengkih yang sedikit sebanyak menyumbang aroma harum menenangkan.
Untuk mengekalkan kelembutan kulit, gunakan sekali hingga dua kali seminggu ketika mandi. Gosok skrub pada permukaan kulit yang basah dan bilas dengan air. Setelah menggunakan skrub, jangan lupa sapukan pelembap Aesop Hydrating Body Balm agar kulit terus-menerus terasa lembut dan lembab sepanjang hari.
Redemption Body Scrub didatangkan dalam tiub 180mL. Anda boleh dapatkannya di butik cawangan Aesop seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.aesop.com.