Syarikat pengeluar barangan elektronik LG Electronics melancarkan Levitating Portable Speaker (model PJ9) di CES 2017, menyerlah rekaan futuristik pembesar suara itu. Pembesar suara tanpa wayar ini memberi bunyi audio yang berkualiti dan boleh digunakan samaada didalam atau diluar rumah.
PJ9 direka dengan rekaan berdimensi masa hadapan. Menggunakan kuasa magnet, pembesar suara kelihatan terapung tanpa sebarang wayar. Mengeluarkan bunyi audio 360darjah beserta rentak bass dan memperkenalkan teknologi Dual Passive Radiator menghilangkan bunyi ton bising dan tinggi.
Dengan kuasa bateri tahan 10 jam tidak akan menganggu si pendengar dan muzik dimainkan. Model PJ9 ini juga sesuai diletakkan dimana-mana tak kira untuk aktiviti dalam rumah mahupun diluar. Pembesar suara ini juga mempuyai dua perisian Bluetooth bagi memudahkan pengguna memainkan muzik pilihan dari telefon pintar mereka.