Cawangan pembekal barangan kecantikan dan farmasi Watsons kini memperkenalkan satu lagi rangkaian eksklusif CREMORLAB untuk hasil kulit yang lembab menawan.
Hydro Plus Snow Falls dari CREMORLAB diformulasikan dengan kebaikan sejenis air digelar T.E.N serta serta ekstrak tumbuhan Edelweiss untuk melegakan kerengsaan kulit.
Rangkaian hebat ini merangkumi krim pencuci wajah, air semburan wajah, toner dan krim pelembab.
Kesemua produk CREMORLAB adalah berasaskan ramuan air thermal T.E.N. yang diambil dari dalam tanah sejauh 1,100 meter bawah paras laut di sebuah bandar kecil di Korea Selatan, Geumjim daerah wilayah Gangwon.
Air T.E.N. yang membawa maksud “Thermal Water Therapy, Eco Energy & Natural Nourishment” itu dipercayai kaya dengan pelbagai nutrisi yang baik untuk penyembuhan dan mencantikan kulit. Bukan itu sahaja, Air thermal mengandungi partikal mineral halus yang bisa menyerap jauh melalui liang pori wajah manusia.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.watsons.com.my/cremorlab].