Demi membuka peluang kepada semua masyarakat Malaysia untuk menikmati pengalaman membeli-belah secara atas talian dengan lebih seronok, platform jualan atas talianCJ WOW SHOP kini melancarkan program jualan langsung televisyen dalam bahasa Mandarin.
Program bahasa Mandarin itu dirangka untuk memberi peluang kepada mereka yang berbahasa Mandarin menjadi lebih konvensional. Program khas berkenaan akan mula disiarkan melalui stesen televisyen utama Media Prima menerusi 8TV pada 8 Januari bermula jam 8 malam. Ia akan memaparkan pelbagai demonstrasiproduk inovatif dalam Mandarin sebagai bahasa penyampaian. Lebih memeriahkan suasana, CJ WOW SHOP akan menampilkan personaliti TV yang berkaliber antaranya termasuklah Baki Zainal, Wee Ping, Pei Pei dan Natilie Ng sebagai hos.
Untuk hari yang seterusnya bermula 9 Januari 2017, penonton boleh terus menikmati jualan langsung televisyen dan demonstrasi dalam bahasa Mandarin di 8TV setiap hari dari 6 – 9 pagi. Slot biasa juga ada ditayang di TV3, TV9 dan NTV7.
Promo CJ Wow Shop Bahasa Melayu di TV3
https://www.youtube.com/watch?v=KqWYsEr6SxI
Ketua Pegawai eksekutif CJ WOW SHOP menjangkakan pertambahan yang lebih seiring dengan pelancaran program jualan langsung televisyen dalam bahasa Mandarin ini yang akan memudahkan dan menarik minat lebih 25% populasi berbahasa Mandarin seluruh Malaysia.
CJ WOW SHOP membekalkan pelbagai produk keperluan harian versatile seperti kosmetik, fesyen, perkakas rumah, alatan dapur, barangan kesihatan, gajet dan banyak lagi! Tambahan, setiap hari akan ada promosi berbeza yang bakal ditawarkan kepada para pelanggan.
Anda boleh membeli secara langsung sebaik melihat melalui televisyen dengan menghubungi talian bebas tol di 1-800-18-0808 atau terus beli melalui laman web dengan hanya mendaftar masuk ke akaun peribadi secara atas talian.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.cjwowshop.com.my atau lawat laman Facebook rasmi CJ WOW SHOP di www.facebook.com/CJWOWSHOP