Go Shop memulakan Tahun Ayam dengan menghadiahkan pelbagai tawaran menarik dan percutian percuma kepada pelanggan mudah alihnya!
Buat pertama kalinya, tiga pelanggan Go Shop yang bertuah akan menikmati percutian ke tiga kota metropolitan Korea Selatan – Seoul, Busan dan Jejudo. Lengkapkan senarai mesti dikunjungi oleh setiap pelancong di Seoul dengan menyaksikan upacara Pertukaran Pengawal di Istana Gyeongbokgung. Saksikan keindahan Pantai Haeundae yang jernih dan nikmati hari di Busan. Berehat dan hilangkan tekanan dengan menghirup udara segar dan mendaki gunung di Hallasan National Park di Jeju.
Hadiah utama percutian ke Seoul bernilai RM10,000, manakala hadiah kedua ke Busan bernilai RM8,000 dan hadiah ketiga ke Jejudo bernilai RM5,000. Hadiah-hadiah ini merangkumi penerbangan pergi balik, tempat tinggal dan pengangkutan di lapangan terbang untuk para pemenang sahaja.
Pelanggan Go Shop boleh mengambil bahagian di dalam peraduan Go Shop Go Korea dengan perbelanjaan minimum RM250 dalam satu resit melalui aplikasi mudah alih atau pelayar web mudah alih Go Shop untuk melayakkan mereka menyertai peraduan Facebook ini dari 1 hingga 31 Januari 2017.
Peserta perlu mencari jongkong emas yang tersembunyi di dalam Studio Go Shop melalui foto 360 di laman Facebook Go Shop: Shop at Go Shop. Peserta perlu memberikan jawapan mereka dan melengkapkan slogan untuk berpeluang memenangi salah satu percutian ke Korea Selatan. Untuk terma dan syarat atau maklumat lanjut mengenai peraduan Go Shop Go Korea, layari www.goshop.com.my.