Pelajar PhD jurusan Astrofizik dari Malaysia, Nur Adlyka Ainul Annuar adalah salah seorang dari kumpulan ahli astronomi yang menemui bukti kewujudan ‘lubang hitam’ yang besarnya adalah berjuta kali ganda dari saiz matahari. Ia dikatakan wujud di sekitar galaksi planet yang terdekat.
Penemuan itu secara umunya telah dibentangkan dalam sebuah sidang akhbar semalam bersempena mesyuarat American Astronomical Society di Grapevinem, Texas.
Untuk pengetahuan semua, Adlyka sedang menyambung pengajian phD di Pusat Extragalactic Astronomy, Durham University, United Kingdom bersama-sama penyelidik British yang sedang bertungkus lumus merangka analisis dengan menggunakan teleskop X-ray terbaharu milik agensi Angkasa Amerika (NASA) yang digelar NuSTAR (Nuclear Spectroscopic Telescope Array).
membentangkan topik “Back Holes, Green Galaxies, Old Stars & NuSTARs”, kajian yang dilakukannya mendedahkan bahawa galaksi kita mempunyai kolum tebal gas dan debu seterusnya membolehkan black hole untuk bersembunyi di antaranya.
Black Hole atau Lubang Hitam ini adalah berbahaya kerana berupaya menyedut apa sahaja yang ada berdekatan dengannya (objek berdekatan akan jatuh ke dalam black hole kerana tarikan graviti kuat yang berada dalam lubang tersebut) dan seterusnya menghapuskan objek tersebut tanpa meninggalkan kesan.
“Lubang hitam ini terletak agak berhampiran dengan galaksi Bima Sakti, tetapi mereka kekal tersembunyi dari kami sehingga kini, mereka seperti raksasa bersembunyi di bawah katil anda,” katanya dipetik dari portal NASA.
Tonton Dokumentari Suppermasive Black Hole Untuk Ketahui Bagaimana Ia Wujud & Semakin Membesar
https://www.youtube.com/watch?v=X8rFs1TFrYk
“NuSTAR dapat mengesan tenaga yang tinggi dari pelepasan X-ray dari lubang hitam yang dapat menembusi melalui tebal lapisan gas dan debu. “
“Mencari ‘hidden beast’ ini agak penting untuk meningkatkan pemahaman kita mengenai pertumbuhan lubang hitam supermassive, dan bagaimana mereka berkembang dengan galaksi perumah mereka,” katanya lagi.
Lubang hitam supermassive adalah ditakrifkan sebagai lubang hitam yang saiznya adalah sekurang-kurangnya satu juta kali besar daripada matahari.
Adlyka yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Fizik dan Astrofizik dari University of Sheffield, United Kingdom merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan dijangka menyiapkan tugasan PhD beliau dalam Astrofizik pada akhir Julai 2017.