Mash up! Jenama kasut Melissa mengambil inspirasi daya campuran seperti gabungan irama, kombinasi stail, umur, rentak muzik dan konteks. Koleksi baru Musim Bunga/Panas 2017 memberi pendekatakan kepada kehidupan kita yang selalu berkongsi dan bercampur gaul dengan pelbagai budaya serta kuasa internet juga membuat kita dapat berkongsi mendengar pelbagai kisah didunia ini.
Konsep kali ini Melissa Shoes membawa rekaan dari tradisional kepada kontemporari, moden kepada tradisional, dari timur ke barat dan dari minimal sehingga semulajadi.
Melissa Cosmopolitan
Lasak dan urban kombinasi terbaru dalam stail Cosmopolitan: sandal memenuhi rekaan moden yang berperincinkan personaliti lasak. Tapak kasut bergerigi bersama lilitan X memberi keselesaan sempurna. Si pemakai boleh memilih tiga pilihan warna menarik – monochromatic dan bipolar.
Melissa Sportech
Stail dari rekaan ini memberi Melissa Sportech kepada satu nafas baru. Gabungan moden gaya sporty bersama item urban dan juga sisi efek elegan pada tapak kasut berwarna bicolor. Kombinasi warna yang menarik pasti ramai peminat kasut Melissa jatuh cinta dengan rekaan baru ini!
Melissa Summer High
Summer high semua berkaitan dengan suhu tinggi! Tapak kasut yang tinggi memberi gaya baru sempena musim panas akan datang. Kombinasi warna dari rona gelap, putih dan lembut bersama garisan halus memberi efek tinggi.
Melissa Puzzle
Rekaan yang selesa ini pasti menjadi peneman setia si gadis pada musim panas ini. Stail dari Puzzle ini menyerlahkan sisi feminem dan elegan pada masa yang sama. Ia sesuai dipakai unuk aktiviti harian.
Koleksi ‘Mash Up’ Musim Bunga/Panas 2017 akan menemui anda di butik Melissa berhampiran pada pertengahan Januari 2017.