Adakah anda mempunyai sahabat baik? Jika ada, anda patut bersyukur kerana dikurniakan sahabat. Jika anda belum mempunyai sahabat, berusahalah mencarinya.
Sahabat yang baik ialah orang yang tahu tentang kelemahan kita tapi akan berbicara tentang kelebihan kita pada orang lain. Ketika orang lain berbicara buruk tentang kita, dia yang menyokong kita dan bercerita tentang kebaikan kita.
Berhati-hatilah mencari sahabat kerana jika tersilap mencari sahabat, sahabat itulah musuh paling berbahaya kerana dia sudah mengetahui kelebihan dan kekurangan kita.
Sebagai contoh, persahabatan antara Kendall Jenner dan Gigi Hadid aka KenGi yang serius boleh membuatkan kita semua cemburu. Setiap momen mereka berdua sungguh bermakna, hadir ke karpet merah bersama-sama, couple shirt, melancong ke serata dunia, party di Coachella, pentas peragaan fesyen dunia dan banyak lagi.
Ini Wanista senaraikan 10 momen mereka berdua yang serius akan buat anda cemburu..:P
#1 KenGi sama-sama terlibat dalam Minggu Fesyen di serata dunia. Namakan saja label apa, pasti muka BFF ini turut serta dalam pentas peragaan tersebut.
#2 Bila mereka berdua mempunyai minat yang sama, melihat ahli sukan beraksi.
#3 Ini lagi satu momen mereka yang cukup manis. ‘Matchy matchy’ mengenakan fesyen yang sama ketika keluar membeli-belah.
#4 Pentas karpet merah menjadi milik KenGi.
#5 Satu lagi #FriendshipGoals, bila KenGi melancong bersama-sama.
#6 Siapa kata anda tak boleh keluar berpesta kalau tiada teman? Lihat sahaja BFF ini, senang hati menghabiskan masa bersama.
#7 Apabila mereka bertukar menjadi satu sama lain di pertunjukan fesyen Balmain.
#8 Momen indah di Victoria Secret’s yang tidak akan dilupakan.
#9 Ya FamilySquad!
#10 Mereka ditakdirkan untuk mengambil selfie bersama-sama. Say Cheese!!!
Maniskan mereka ini? Kalau anda mempunyai momen paling manis malah bermakna dengan BFF, kongsilah dengan kami.