Sejak beberapa hari lalu, Hashtag #ObamaFarewell mula trending di platform media sosial berikutan ucapan terakhir yang dibuat Presiden Amerika Syarikat yang disayangi ramai, Barack Obama di Chicago semalam.
Donald Trump dijangka mengambil alih Rumah Putih pada 20 Januari depan sekaligus memegang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.
Ucapan yang dibuat Obama mendapat pujian netizen terutama saat beliau menyentuh perihal diskriminasi terhadap Muslim dan isu-isu minoriti.
"I am asking you to believe. Not in my ability to bring about change – but in yours." @BarackObama 💕💕💕💕#obamafarewell pic.twitter.com/sjUuu3M1qk
— Seventeen (@seventeen) January 11, 2017
Obama menyebut kenyataan bahawa dirinya menolak tegas diskriminasi ke atas para Muslim Amerika kerana mereka juga adalah rakyat yang cintakan negara sama seperti rakyatnya yang lain.
Kata beliau lagi, perubahan dalam negara hanya bisa berlaku apabila keseluruhan populariti dapat melibatkan diri, berhubung dan bersatu dalam melakukan perubahan.
Tonton Video Ucapan Terakhir Barack Obama Untuk Rakyat Dan Penyokongnya
Ramai yang bakal merindui pemimpin itu dan berpendapat bahawa Obama adalah seorang insan yang berbudi bahasa, berkarisma dan sangat peramah sepanjang kerjaya beliau sebagai ‘penjaga negara’.
Ucapan yang dilakukannya tempoh hari adalah sesuatu yang penuh makna dan merupakan ucapan seorang presiden yang berkaliber.
https://twitter.com/NdiiDavid/status/819262261898473472
If your kids ever want to know how important education is, show them the #ObamaFarewell speech and then the #TrumpPressConference speech.
— NUFF (@nuffsaidny) January 11, 2017
https://twitter.com/ibekeggy2/status/819008596662951936?ref_src=twsrc%5Etfw
https://twitter.com/drymuffin/status/819005247616126977?ref_src=twsrc%5Etfw