Rogol Warga Emas, Remaja Dihukum Penjara 115 Tahun

Seorang remaja dari Brooklyn dihukum penjara 115 tahun selepas didapati bersalah merogol dan melakukan hubungan seks luar tabiiterhadap seorang warga emas.

Asa Robert, 20, merogol warga emas berusia 82 tahun selepas memecah masuk rumah mangsa pada Julai 2015. 

 

Hakim, Judge DelGuidice memilih hukuman ‘tanpa belas kasihan’ berkenaan kerana Asa tidak menunjukkan belas kasihan terhadap mangsanya.

Ketika kejadian, mangsa sedang menyapu sampah di hadapan rumahnya sebelum diterkam Asa yang bersenjatakan sebilah pisau.

Selepas meminta wang dan gagal, Asa kemudian menceroboh rumah mangsa.

Beliau kemudian memaksa mangsa memasuki bilik tidur sebelum merogolnya.

Asa sebelum ini juga berhadapan dakwaan menyerang anggota polis dan jika didapati bersalah dalam perbicaraan Februari depan, tempoh penjara beliau akan bertambah menjadi 122 tahun.

SUMBER

Related Posts