Dari laporan E! Putera William dikatakan telah berkongsi cerita tentang pengalaman beliau selepas kematian bonda tercinta Puteri Diana.
Beliau dan isteri Kate Middleton mengadakan lawatan rasmi di pusat perkabungan di timur London, dimana majlis tersebut bagi memperingati ahli-ahli keluarga yang telah pergi buat selamanya.
Semasa majlis tersebut, Putera William bertemu dengan kanak-kanak 12 tahun Shinobi Irons yang telah kehilangan nenek dan ibu angkat.
Menurut ibu kepada Shinobi, Lorna Ireland, Putera William berbual dengan anaknya dan memberitahu bahawa dia juga pernah kehilangan ibu ketika usia 15 tahun dan beliau berasa amat marah dan menempuh masa yang amat sukar ketika itu.
Puteri Diana meninggal dunia pada tahun 1997 dan ketika itu usia Putera William 15 tahun dan adindanya Putera Harry, 12 tahun.
Tambah Shinobi lagi, Putera William seorang pendengar yang baik dan beliau juga benar-benar mengambil berat kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang serta memahaminya kerana beliau juga pernah mengalami nasib yang sama.