Hebat! Shila Amzah Kini Tarik Pendengar Lagu Kpop

Siapa tidak kenal dengan penyanyi yang mempunyai kuasa menyanyi lebih dari dua bahasa Shila Amzah. Sejak beliau menempa nama dipersada dunia hiburan negara China, beliau tidak pernah diam dalam mencuba sesuatu yang baharu. 

Kini beliau dilihat sering memuat naik video menyanyi lagu ‘cover’ Kpop di laman tersebut kini mula mendapat perhatian peminat-peminat di seluruh dunia setelah menyanyi lagu dari kumpulan popular yang diminati ramai.

Antara video yang dimuat naik oleh penyanyi berumur 26 tahun ialah dari lagu-lagu popular seperti ‘Last Dance’ oleh Big Bang, ‘Whistle’ oleh Blackpink, ‘Come Back Home’ oleh 2NE1, ‘Beautiful’ oleh Crush (lagu ost drama Goblin), You are My Everything oleh Gummy (lagu ost drama Descendant of the Sun) dan lain-lain.

IKLAN

Beliau juga turut mendapat pujian dari para peminat kerana kelancarannya menyanyikan lagu-lagu bahasa korea itu  serta mendapat permintaan untuk menyanyikan lagu ‘cover’ dari kumpulan lain juga.

Berharap kejayaan Shila Amzah dapat diteruskan dan menjadi pemangkin kepada penyanyi Malaysia yang lain. Bagi anda yang belum dengar lagi nyanyian Shila Amzah didalam bahasa Korea, Wanista kongsikan dibawah. 

SUMBER

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

HOT MINGGU INI