Kejadian berlaku kira-kira 10 malam tadi gempar dengan kehadiran seekor buaya yang dilihat melintas di kawasan kediaman Apartment Raflesia penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Taman Desa Ilmu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata orang ramai yang bimbangkan keselamatan berikutan ‘pecah masuk’ buaya itu menghubungi pihaknya pada jam 10.26 malam.
Berikutan itu, tujuh anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikejarkan ke tempat kejadian untuk menangkap buaya berkenaan.
BACA: GEMPAR! BUAYA MASUK SEKOLAH
“Bagaimanapun ketika anggota bomba tiba di lokasi, buaya berkenaan gagal ditemui kerana dipercayai sudah masuk semula ke dalam parit berdekatan kediaman pelajar itu dan bersembunyi di kawasan semak berhampiran.
“Bagaimanapun, kes itu sudah dilaporkan kepada Sarawak Forestry Corporation untuk tindakan lanjut termasuk memburu buaya berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.