Menurut sebuah analisis kebajikan yang dilakukan Oxfam Ahad lalu, 6 dari jutawan yang tersenarai dalam carta individu paling kaya Forbes’ List termasuklah para usahawan terkemuka Amerika seperti Pengasas Bersama Microsoft Bill Gates, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway Warren Buffett, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Jeff Bezos, Pengasas Bersama Oracle Larry Ellison, Bekas Datuk Bandar New York Micheal Bloomberg serta Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg. Manakala antara yang lain paling kaya adalah hartawan Mexico Carlos Slim dan Pengasas Syarikat Niaga Konglomerat yang popular dengan jenama fesyen ZARA Amancio Ortega apabila digabungkan, jumlah aset mereka secara keseluruhan apabila digabung adalah mencecah $426 Billion (tolak hutang).
Berhubung dengan pendapatan 8 orang jutawan dan hartawan yang mempunyai simpanan berjumlah 50% dariwang dan pendapatan yang sepatutnya menjadi milik separuh populasi dunia itu , boleh dikatakan 3.6 billion penduduk di dunia ini adalah miskin dan fakir.
“Secara tidak langsung keadaan ini telah menyumbang kepada tahap kemiskinan yang tinggi, ketidaksamaan hak bahkan umpama ‘merosakan’ kesatbilan politik,” jelas Paul O’Brien, Timbalan Presiden Oxfam Amerika untuk Kempen dan Polisi.
Krisis ketidaksamaan ini secara tidak langsung telah menggugat tahap kemiskinan dunia apabila kebanyakkan dari mereka (hartawan/jutawan) tersebut sebenarnya langsung tidak memberi pulangan atau faedah kepada ekonomi dunia.
Isu ini sudah berlanjutan dari 2015 bila mana di Amerika sendiri, 1% orang kaya memiliki hampir 42% kekayaan. Oxfam turut menegaskan bahawa krisis ini akan menjadi semakin buruk menjelang 20 tahun akan datang.
“Meskipun pemimpin dunia kebanyakkan mahu mencapai target untuk mengurangkan masalah krisis ketidaksamaan ini, jurang antara si kaya dan seluruh populasi dunia yang tidak berkemampuan adalah cukup besar”, tambahnya lagi.
Bukan itu sahaja, jurang antara jantin juga jauh berbeza iaitu jutawan yang memiliki 1,180 dollar seluruh dunia adalah dimonopoli kaum lelaki seramai 89%.
Oxfam adalah sebuah organisasi kebajikan persekutuan antarabangsa yang memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan global.