Tema perkahwinan dalam taman adalah salah satu tema perkahwinan paling popular di Malaysia. Jika bijak disesuaikan dengan iklim lembap dan panas di negara kita, tema ini masih sesuai untuk majlis perkahwinan indoor. Secara asasnya, hiasan bunga dan latar warna flora memainkan peranan untuk menghidupkan tema ini.
Baiklah, jika bicara tentang tema perkahwinan, satu lagi perkara yang penting lebih-lebih untuk wanita ialah gaun pengantin. Ianya mestilah bersesuaian dengan tema dan tidak terlalu vogue sampai menyakitkan mata tetamu yang hadir. Baru-baru ini, pereka fesyen dari Los Angeles, Maria Korovilas melancarkan beberapa koleksi pengantin dan ternyata penulis begitu taasub melihatnya kerana kesemua koleksi pereka ini teramatlah cantik dan paling penting bersesuaian dengan tema perkahwinan dalam taman.
Maria Korovilas menampilkan koleksi dengan perincian sulaman buatan tangan yang menakjubkan dan cermat dari pilihan manik yang pelbagai, didatangkan dalam pelbagai warna dan gaya, gaun ini bakal membuatkan mata tetamu ‘terbeliak’ melihat gaun anda yang cukup sempurna. Menurut pereka tersebut, koleksinya pada kali telah dipengaruhi oleh upacara perkahwinannya yang dibuat pada musim panas. Sangat sesuailah dengan iklim negara kita yang panas ini.
Baiklah, ini Wanista kongsikan beberapa koleksi Maria Korovilas yang paling cantik pilihan Wanista boleh dijadikan inspirasi di hari bahagia nanti.
Cantikkan semua koleksi Maria Korovilas? Apa lagi, cepat pilih mana yang berkenan..