“Asalkan pekerja rasa seronok dan bermotivasi untuk bekerja”. Itu alasan mengapa pemegang jawatan paling tinggi dalam syarikat money.co.uk ini apabila sanggup menghabiskan nilai £3 Juta untuk mengubah suai istana yang dijadikan pejabat induk itu seperti sebuah taman tema yang mengujakan.
Chris Morling digelar “Britain’s Best Boss” kerana mengutamakan keselesaan serta keseronokan para pekerjanya yang dianggap sebagai antara peranan penting yang boleh membangunkan dan mengembangkan lagi syarikatnya itu.
Di sini, mereka bukan sahaja dapat duduk sambil dikelilingi persekitaran yang ceria, malah bisa menerima layanan 5 bintang kerana berpeluang menikmati minuman beer percuma, lima peratus bonus dan percutian yang ditaja sepenuhnya. Para pekerja turut diberi pilihan jika mereka mahu mendermakan £5,000 kepada badan atau rumah kebajikan andainya tidak mahu menggunakan peruntukan yang telah ditetapkan.
Seperti di dalam syurga, Chris Morling yang merupakan Pengasas serta Pengarah Urusan money.co.uk itu memang sengaja mahu mencipta suatu kelainan dengan memberi 1001 layanan istimewa buat para pekerjanya.
Kerja ubah suai banggunan istana lama itu telah disertai hampir 50 orang tenaga binaan yang turut mendapat sentuhan pereka dalaman selebriti terkemuka iaitu Laurence Llewlyn-Bowen.
Kini, mesyuarat mingguan serta perbincangan utama boleh dilakukan di dalam bilik bertema sama ada bilik yang berkonsepkan hiasan dalam gua, perpustakaan mahupun chalet. Pejabat yang memanfaatkan hampir 10,000 kaki persegi itu dihiasi elemen kreatif dan sensasi sepenuhnya.
Kata Chris Morling, “Projek ini bukan sahaja bertujuan untuk menjadikan pejabat lebih menarik malah demi mempengaruhi produktiviti para pekerja kerana ada orang gemar bekerja sendirian dan ada juga orang gemar bergaul secara berkumpulan, untuk itu, saya mahukan ruang dengan konsep yang versatile.”
Projek pengubah suaian ini mengambil masa hampir 14 bulan dan money.co.uk diuruskan lebih 7 hingga 50 pekerja dalam satu-satu masa.
Alahai beruntungnya dapat bos macam ni!
SUMBER –Dailymail.co.uk