Jenama penjagaan kulit, Caudalie adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh Mathilde dan Bertrand Thomas pada tahun 1995. Ia mengetengahkan produk yang unik dan Vinotherapie® Spas yang menggunakan semua manfaat anggur dan membolehkan anda mempunyai semua elemen : sains, glamor dan etika.
Pada 10 Januari 2017, Caudalie secara rasminya membuka kiosk kecantikan di Sunway Pyramid. Reka bentuk di setiap sudut diilhamkan oleh bangunan ikonik Vinotherapie® Spas, Les Sources de Caudalie dan Chateau Smith Haut Lafitte, yang mengingatkan kita kepada ladang anggur di Bordeaux. Sekaligus mencerminkan persekitaran semulajadi Bordeaux, di mana tempat bermulanya dunia Caudalie.
Caudalie Sunway
G1.129, Ground Floor, Sunway Pyramid Shopping Mall
3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: +603 5621 0814
Isnin hingga Ahad, 10:00AM – 10:00PM