Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan

Rain & Gadis Pilihan Hati, Kim Tae Hee Kahwin Di Gereja Dalam Majlis Tertutup

by Afiqah Syamin
January 20, 2017
Pasangan Rain dan Kim Tae Hee selamat dikahwinkan di sebuah gereja katolik semalam pada tanggal 19 Januari 2017. Sumber: Dramafever

Pasangan Rain dan Kim Tae Hee selamat dikahwinkan di sebuah gereja katolik semalam pada tanggal 19 Januari 2017. Sumber: Dramafever

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, pasangan ini secara tertutup telah mengikat tali perkahwinan di sebuah gereja katolik di Seoul yang hanya dihadiri kaum keluarga kedua belah pihak serta kenalan rapat selebriti bagi meraikan hari yang penuh bermakna itu.

tell
Keadaan di sekitar gereja yang dikerumuni media dan tetamu terdekat. Sumber: 에스포즈뉴스

Antara individu penting yang meluangkan masa untuk hadir ke resepsi itu adalah termasuk wali bayi (godfather) kepada Rain, Ahn Sung Ki yang juga pernah hadir saat Rain dibaptiskan sekitar tahun 2014, sahabat baiknya, Psy serta ahli kumpulan g.o.d.

Sumber: Dramafever
Pasangan romantis Rain & Kim Tae Hee kini sah menjadi suami isteri. Sumber: Dramafever

Dalam sebuah foto yang dikongsikan sumber, Rain kelihatan begitu tampan dalam persalinan tuksedo hitam sambil bersarung tangan manakala Kim Tae Hee dilihat manis dalam gaun pendek renda serba putih serta rambut yang disanggul kemas sebelum disemat dengan veil ringkas.

Foto - Pinterest/Better Aviation

Pramugari Dedah Selebriti Korea Ajak Keluar Dating

March 10, 2021
Foto - Pinterest

Ini Sebabnya Kenapa Korea Lebih Suka Guna Kutleri Logam

February 28, 2021

Diraikan dalam majlis yang cukup berserdehana, pasangan selebriti ini mula bertaut kasih dari 2012 dan akhirnya berkahwin selepas 5 tahun.

Gereja tempat Rain & Kim Te Hee bertukar sumpah. Sumber:
Gereja tempat Rain & Kim Tae Hee bertukar sumpah. Sumber: STARNEWS

Laporan mengatakan, kos perkahwinan secara keseluruhan hanyalah bernilai 1,100 USD termasuk sewaan lokasi serta bayaran untuk pelayan tetamu.

Sejurus selepas majlis, Kim Tae Hee tidak ketinggalan sempat berkongsi surat ucapan terima kasih buat semua yang terlibat.

Isi surat tulisan tangan tersebut berbunyi:-

IKLAN

lol1
Surat tulisan tangan Kim Tae Hee. Sumber: Alchetron

“Hari ini adalah hari pertama kami sebagai pasangan suami isteri akan meneruskan perjalanan yang panjang, dan kami mahu mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat para peminat yang begitu teruja menyokong kami dan menjaga kami selama ini.

“Kami berjanji akan menjaga satu sama lain, menghormati satu sama lain dan buat yang terbaik untuk bantu satu sama lain serta menjadi pelengkap kepada kekurangan masing-masing. Dengan hati yang tulus dan ikhlas, kami telah dirahmati dengan kasih dan cinta yang anda semua berikan, saya tentunya akan laksanakan komitmen sebagai pelakon yang terbaik buat anda di samping menjadi isteri terbaik untuk keluarga baru saya.

“Lelaki ini yang akan menjadi peneman hidup saya, kami akan menyokong satu sama lain dengan memberi kekuatan. Saya harap semua berada dalam keadaan yang baik-baik dan saya berdoa agar anda semua sentiasa sihat, dilimpahi dengan kebahagiaan sempena permulaan tahun baru ini. Sekali lagi, saya seikhlas hati mahu mengucapkan terima kasih kepada semua.”

Ahn Sung Ki yang merupakan wali bayi / bapa angkat kepada pengantin lelaki, Rain Bi. Sumber: Alchetron
Ahn Sung Ki yang merupakan wali bayi/bapa angkat kepada pengantin lelaki Rain. Sumber: Alchetron

Ahn Sung Ki dalam sebuah temu ramah berharap anak angkatnya itu akan menghasilkan zuriat yang ramai.

“Mereka telah berjaya meneruskan hubungan sejauh ini dan sesungguhnya mereka sangat sesuai menjadi pasangan bahagia. Saya berharap mereka akan dapat meneruskan hidup yang lebih bahagia selepas ini dan bakal dikurniakan anak secepat mungkin. Saya pasti anak mereka akan menjadi rupawan dan sihat seperti mereka.”

Sumber:
Sumber: allkpop.com

Bagaimanapun, pasangan itu belum lagi merancang berkenaan percutiaan bulan madu dalam masa terdekat ini dan mereka berdua akan terus tinggal di kediaman milik Rain di daerah Chungdam-dong, Seoul. 

Apabila ditanya soal anak, Kim Tae Hee belum merancang apa-apa lagi namun ada menyatakan hasratnya untuk mempunyai anak comel dan lincah seperti anak-anak selebriti lain yang muncul dalam rancangan realiti televisyen Return of Superman.

Sumber: allkpop.com
Sumber: allkpop.com

Wanista ucapkan Tahniah sekali lagi buat pasangan ini!

SUMBER 1, 2, 3 & 4

Tags: Ahn Sung Kiberitacinta perhubungangaun pengantinhiburanisu semasak-popkim tae-heekoreaPasangan Selebriti KoreaPerkahwinan Rain & Kim Tae HeePerkahwinan Rain & Kim Tae Hee Di Gereja Katolikrainselebriti koreaSurat Tulisan Tangan Kim Tae HeeTuksedo
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.